Seperti tulisan saya sebelum ini yang jelas meragui kebenaran khabar bahawa Tengku Azlan keluar parti, maka alhamdulillah pagi ini jawapan yang tepat telah diperolehi dari sahabat blogger yang saya tahu mempunyai hubungan baik dengan beliau.
Justeru penafian ini diharap dapat menjelaskan kedudukan sebenar beliau sebagai orang lama UMNo yang sudah pasti tidak akan mementingkan diri untuk duniawi.
Panglima sendiri pernah bertemu beliau dalam satu pertemuan di KLGCC dengan beberapa blogger termasuk Sri Tri Buana dan dengan usia yang sudah meningkat tentunya hasrat memberi laluan adalah langkah terpuji dan patut dihormati.
Berita yang palsu dari akhbar Tamil ini perlu diperjelaskan dengan membuat desakan agar mereka meminta maaf di atas apa yang mereka putar belitkan atau mungkin juga tersalah lapor.
Paling jelas tindakan membawa berita palsu oleh puak Pas dan Pakatan menjadi bukti nawaitu mereka yang tidak jujur di dalam mencari undi dengan merelakan kaedah tidak halal digunakan dalam perjuangan yang terang-terangan songsang dari panduan Islam dan norma normal kehidupan.
Baca penjelasan blogger di bawah ini untuk kebenarannya :
Sebaik saja berita ini menjadi sensasi, ramai yang menelefon menanyakan keadaan yang sebenar. Ada sesetengah tahu saya rapat dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut. Saya menafikan kebenaran cerita ini. Namun saya tidak berniat untuk menulis tentangnya.
Akhirnya saya terjumpa sebuah blog pro BN (baca sini) yang mengutuk 'tindakkan' Ku Lan keluar parti, lantas saya buat keputusan perlu menjawap bagi pihak Ku Lan. Saya menelefon Ku Lan sebentar tadi. Beliau menerangkan kedudukan yang sebenar.
Beberapa hari lepas beliau telah ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai. Dalam temuramah itu beliau tidak menyentuh langsung soal keluar parti atau menyertai pembangkang. Apa yang beliau nyatakan bahawa beliau akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 13.
Hasrat beliau untuk bersara sudah dinyatakan sebaik beliau menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada zaman Tun Abdullah. Hingga sekarang beliau masih konsisten dengan kata-katanya.
Untuk pengetahuan pembaca, YBM Tengku Azlan sudah memaklumkan keadaan sebenar iaitu beliau masih dalam BN dan tidak pernah berhasrat keluar parti kepada Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.
Saya harap kekeliruan ini terjawap dan minta mana-mana blog pro BN lebih memberi tumpuan membongkar fitnah pembangkang dari membuat spekulasi. Sesuatu berita yang diterima perlu diselidiki dahulu sebelum kita membuat keputusan.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan