Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Disember 2012

Datuk Yahya Sulung Akhirnya Akan Dibantu Baitul Mal MAIWP - Harian Metro



KUALA LUMPUR: Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu meringankan beban ditanggung pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong dan isteri, Datin Alisah Ali yang kini hidup kesusahan.

Penolong Pengurus Kanan Baitulmal, Faridilatras Abd Rahman berkata, bahagian itu akan menjelaskan tunggakan bayaran sewa rumah, selain bantuan perubatan Alisah yang menghidap kanser paru-paru.



"Kami akan meringankan beban mereka dengan bekalan susu tambahan yang disyorkan doktor, selain memastikan bantuan kewangan yang diterima dilanjutkan sehingga tahun depan.


"Baitulmal juga akan pantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa untuk pastikan bantuan itu dapat membantu pasangan terbabit," katanya yang melawat pasangan itu bersama Skuad Jejak Asnaf di Flat Sri Perak, Sentul, semalam.

Harian Metro bulan lalu melaporkan keperitan hidup pelakon veteran berkenaan bersama isteri kerana tunggakan sewa rumah tidak dijelaskan di samping harga makanan tambahan Alisah terlalu tinggi yang tidak mampu ditanggung mereka.


Sementara itu, Yahya berkata, dia terkilan kerana selepas Harian Metro menyiarkan artikel masalah dihadapinya, tiada langsung pihak ambil tahu mengenai kehidupan mereka.
 myMetro



Panglima: Pusat Zakat kena keluar cari orang susah dan kena bantu orang minta bantuan jangan berprasangka terlalu tinggi kepada mereka. Banyak kes yang panjat perjabat zakat namun ditolak permohonan mereka walhal mereka ini sangat daif. Jangan terlalu menyusahkan sehingga menimbulkan kemarahan pembayar zakat.

 Jika mereka menipu hukuman Allah sudah pasti akan berlaku...jagalah amanah dan bersungguhlah membantu asnaf yang dalam kesusahan terutama fakir miskin dan muakaf serta jsnda ibu tunggal dan anak yatim. Orang berhutang juga perlu diambil berat untuk membantu melunaskan hutang mereka. 

Jangan tunggu laporan akhbar baru nak ambil tindakan. Kelak orang akan mengecam perlakuan orang agensi agama yang sepatutnya menunjukkan akhlak yang mulia.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate