Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Januari 2013 Sasar 1 Juta Hadir - Mat Sabu


Selepas perhimpunan hijau menolak Lynas yang berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur  baru sahaja dilangsungkan minggu lepas, kini tanpa berlengah puak Pakatan telah merancang membuat sebuah lagi perarakan tanpa izin undang-undang demi mencari populariti menjelang pengundian PRU 13.

Khabarnya menurut blog 'belaan' mereka http://greenboc.blogspot.com/2012/12/1-juta-ke-grand-finale-himpunan.html , pada 12 Januari 2012 satu  lagi BERSIH edisi terkini  (baca BULLSHIT) akan digerakkan oleh  semua tentera 'jalanan' mereka. Ia sudah tentu dianjurkan selepas mengira gosip dan kiraan matematik bahawa PRU 13 akan dilaksanakan pada bulan Januarai 2013.


Usaha menimbulkan huru-hara nampaknya masih lagi diteruskan tanpa sebarang penat lelah dan putus asa, persis syaitan yang juga tidak jemu menggoda manusia menuju ke neraka jahanam. Yang sudah pasti akan gagal jua akhirnya dengan berkat doa segala wali yang hidup di bumi Malaysia menentang kedurjanaan mereka.


Perbuatan ini yang semestinya disokong terbuka atau tidak oleh Pakatan pasti akan mencetuskan kekacauan sistem jalanraya, mengganggu ketenteraman awam selain memungkinkan huru-hara tercetuas kerana khalayak yang hadir dalam jumlah yang terlalu ramai. Mereka pasti akan cuba menjernihkan sekaligus menghalalkan perhimpunan ini namun yakinlah 'darah' yang mengalir semasa BERSIH yang lalu sehingga mencederakan anggota keselamatan termasuk wartawan wajar diimbas kembali.

cerita lanjut sila klik di sini http://www.klxpress.com.my/?p=1730

Dalam hal ini wajarlah alim ulama memberi nasihat kepada umat Islam agar jangan membuang masa mereka mencari kepuasan melepaskan dendam ammarah di jiwa melalui aktiviti seumpama ini.

Tidak ada di dalam sirah kenabian para Sahabat berpakat berkumpul menjerit menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Kerana itu Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perbuatan membuat rusuhan di jalanan.


Menurut beliau yang dilapor media massa pada 6 Mei 2012 ( sumber ) :  

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.


“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.

“Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.



“Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,”
 
Kredit : Ohduniaku Haram Hukum Menyertai Demonstrasi Bersih 3.0 |  


Yang ada di zaman Nabi saw ialah pertemuan berbincang hati ke hati antara rakyat dengan Nabi yang menjadi pemerintah Negara Islam Madinah ketika itu. Banyak dialog telah dilaksanakan dan ia jelas menjadi saluran untuk meredakan sebarang permasalah antara rakyat dan pemimpin. 

Maka jangan ditanya lagi adakah hukum menyertai perhimpunan Pakatan ini wajar atau tidak. Lebih spesifik adakah ia berpahala atau berdosa akhirnya. Jika Kerajaan BN yang menolak pluralisme ditentang maka ia akan menjadi haram kerana menentang pihak yang menolak ajaran songsang. Namun jika demo kepada pihak yang menyokong kalimah Allah digadaikan, murtad dibebaskan kepada Melayu dan sebagainya maka demonstrasi seperti ini wajar dilakukan tanpa membelakangkan undang-undang Malaysia dan juga ketenteraman awam. 

Perkara ini ada dihuraikan oleh sebuah laman agama yang membawa terjemahan jawapan Ulama Al Azhar http://www.tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/229-bolehkah-demonstrasi-dalam-islam-jawapan-dr-ahmad-abdul-khalek 

Jawapan kita jelas seperti pesanan Presiden parti UMNO semalam bahawa satu undi diberikan pembangkang bererti keruntuhan akidah, kerosakan ummah, kecelaruan undang-undang dan lebih utama lagi ialah peluang musuh negara masuk menyerang kita.

Semua hal perkara ini jangan difikirkan mustahil untuk berlaku di dalam masa kita sedang diuji dengan tunjuk perasaan dan demo jalanan. Sudah tentu kejatuhan Empayar Melaka masih lagi segar di kotak minda kita berpunca dari apakah sebabnya ia.Tidak lain kerana ada pengkhianat dari dalam negara yang bersubahat dengan musuh demi meraih kuasa.



Jika anda sayangkan bangsa maka TOLONG jangan ada sedikitpun 'selera' untuk menyertainya !!!



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MELAYU ISLAM TOLONG JGN PERGI. KALAU PERGI JUGAK BERMAKNA KEMENANGAN MORAL UNTUK CINA DAP. DAP AKAN BERPESTA MELIHAT MELAYU TURUN MENENTANG MELAYU. JADIKAN BERSIH ITU SEPERTI ANTI-LYNAS DI DATARAN MERDEKA SAHAJA, DI MANA 95%-98% ADALAH KAUM PEMAKAN DAGING BABI TEGAR !

Tanpa Nama berkata...

isunya bkn perkauman.. tetapi utk menuntut keadilan pd mereka yg bergelar rakyat MALAYSIA.. prhimpunan nie penting supaya kerajaan buka mata.. dgr suara rakyat.. rakyat sudah mula bangkit

sekian, salam dari sabah.

rakyat yg tertindas.

razmi5 berkata...

memang jangan pegi berhimpun..jangan menyyusahkan org lain...

Ariffikri berkata...

bangunlah melayu. jgn terlalu mudah diperalatkan pakatan.

Cari Blog Ini

Translate