![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/m.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/557/x40d6647a4d9f260273408976a9ad88ad.JPG.pagespeed.ic.VOmAbxHPpv.jpg)
- Pemilihan DAP: Kit Siang raih undi paling banyak
Team Malaysiakini | 9:10PM Dis 15 2012
Walaupun dengan peningkatan jumlah perwakilan baru, daripada 948 orang pada 2008 kepada 1,823 orang tahun ini, tidak banyak perubahan dikesan dalam bentuk pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kali ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang muncul di tempat kedua pada pemilihan parti 2008, kali ini turut menerima jumlah undi kedua paling banyak.
![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/m.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/557/330x220xda56f36eade54b25db3bd47c4d6e2a45.jpg.pagespeed.ic.ayRVZf_8VH.jpg)
- Bapanya, penasihat kanan parti Lim Kit Siang sekali lagi di hadapan dengan menerima 1,607 undi.
Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC hari ini.
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jeng
5. Loke Siew Fook
6. Vincent Vu
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua
10. Teng Chang Khim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M Kulasegaran
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok
19. Teo Nie Ching.
20. Ngeh Koo Ham
[Baca berita penuh]
Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berada di tempat ketiga dengan 1,411 undi.
Tiada pemimpin Melayu berjaya meraih tempat dalam 20 kerusi yang dipertandingkan.
Pemilihan CEC lalu menyaksikan seorang wakil Melayu Ahmad Ton dipilih ke jawatankuasa itu.
Anggota CEC baru itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan pemegang jawatan, selain melantik 10 anggota lain ke dalam jawatankuasa itu.
Panglima : tahun lepas ada juga Melayu. kali ini tidak ada langsung.
Sepatutnya Parti Dap ditukar jadi parti Paling Tidak Demokratik kerna membenarkan anak sendiri bertanding merebut jawatan parti seperti kes Anak Karpal Sing dan Lim Kit Siang.
Seburuk-buruk Tun Mahathir beliau tidak pula membenarkan anaknya menjawat jawatan parti atau kabinet semasa masih menjadi Perdana Menteri.
Apa dah jadi - yang mendakwa diri demokratik rupanya paling autokratik.
Sent from my iPad
Memang muka pon mcm cina bukit,dia nak sampaikan hajat lee kwan yew menakluki malaysia,sebab tu lee kwan yew ni liat nak mati,saya agak aja..
BalasPadam