Najib: 'Teruskan semangat perjuangan anda, Harimau Malaya'
9 Disember 2012
MESKIPUN gagal meraih kemenangan di halaman sendiri malam ini, Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu anak buah Datuk K.Rjagobal mengalah, sebaliknya meneruskan perjuangan dalam aksi timbal balik Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung di di Stadium Supachalasai, Bangkok, Khamis ini.
"Teruskan semangat perjuangan anda #HarimauMalaya.
"Walaupun seri, kesemua rakyat satu Malaysia menyokong anda untuk ke akhir Piala Suzuki AFF'12," kata beliau menerusi laman sosial Twitter miliknya, ini.
Sebentar tadi, Malaysia gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.