1. Malaysiakini seperti biasa memainkan cerita lama kerana tidak ada isu baru untuk menarik perhatian rakyat. Terkini isu BTN di sini http://www.malaysiakini.com/news/216613
2. Isu Altantunya, Scorpene, Lynas, Bersih dan banyak lagi juga turut diulang dengan harapan dapat menjejaskan prestasi kerajaan yang dikhabarkan menurut kajian ahli akademik telah mendapat markah 74.2 % sokongan rakyat yang mengambil bahagian dalam kajian.
3. Angka ini hasil sampel berjumlah 28,788 orang ini telah diulas oleh Naib Presiden UMNO Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa penggulungan Persidangan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu akhir November yang lalu. Berita http://www.penembak-tepat.com/ yang dipetik dari blog http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com
4. Jumlah tersebut jika dicampur dengan 12 peratus atas pagar, maka jumlah yang tidak berpuas hati hanya 13 peratus sahaja.
5. Kebimbangan inilah yang mencetuskan serangan terbaru Malaysiakini terhadap Biro Tatanegara yang giat mempromosikan perpaduan melalui Gagasan 1Malaysia. Pendekatan BTN menggunakan pohon 1Malaysia ada disentuh di sini http://www.penembak-tepat.com/2011/10/konsep-1malaysia-dalam-satu-pohon.html
6. Namun serangan ini ternyata bermula dengan langkah sumbang dan memalukan apabila terang-terangan logo yang mereka paparkan ialah logo lama bukan lagi logo Biro Tatanegara.
7. Maka jika perkara asas kepada sebuah agensi tidak diketahui seperti penukaran logo dan motonya sudah tentu banyak perkara yang disentuh dalam artikel Malaysiakini tidak tepat dan tersasar dari apa yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan yang banyak berjasa mempraktikkan sifat patriotik rakyat kepada negaranya.
Buktinya baca blog bekas peserta BTN yang tidak dibayar untuk memuji apa yang telah dialami oleh beliau : http://www.penembak-tepat.com/2009/11/edisi-pagi-btn-mungkin.html
Lihat serangan Malaysiakini di sini :
Lihat pula logo Biro Tatanegara di sini http://www.btn.gov.my/ dan berita penukaran logonya di sini
Ternyata Malaysiakini memang selamanya tidak boleh dipercaya dan tidak ada wibawa sebagai portal yang sepatutnya menyebar berita yang benar dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan atau ajaran agama yang menolak LGBT atau Pluralisme.
Klik untuk baca pembohongan Malaysiakini di sini http://www.penembak-tepat.com/2011/08/sebarkan-segera-blogger-yy-bongkar.html
Juga sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan