Pages

02 Disember 2012

Setiausaha Agung PKR BUTA HATI & MINDA Ucapan @NajibRazak dan pimpinan UMNO Tidak Bawa Kebaikan Kepada Bangsa & Agama


1. Selepas meninjau sendiri dari dekat perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 27-1 Disember 2012 di PWTC memang benar apa yang dikatakan ramai pihak bahawa perhimpunan kali ini paling hangat - ternyata benar dan tepat.

Ketua Wanita UMNO DS Shahrizat Jalil makin cantik dengan tudung lengkap menutup aurat 

2. Di masa yang sama perwakilan dan juga pimpinan turut menuturkan kalimat semangat dalam perbahasan demi mengajak semua pihak ke arah perpaduan di semua peringkat demi masa depan parti keramat ini pada PRU13 akan datang.


3. Setengah pihak pula menyatakan PRU13 ialah ibu segala PRU dan ia memang benar selepas melihat senario kekalahan bak tsunami pada tahun 2008 yang kini telah berjaya dipulihkan kembali.

4. Kalau mengikut apa yang diucapkan oleh Naib Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam di PWTC bahawa 74.2 peratus sangat berpuas hati dengan Kerajaan BN di bawah pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak di blog beliau ( http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com  ) ia sebenarnya tidak jauh beza dengan apa yang berselirat di hati sanubari rakyat.

Reaksi penonton luar dewan PWTC sememangnya tulus dari hati

5. Dengan melihat pekik sorak ahli dan juga rakyat yang memenuhi setiap majlis Presiden Parti UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia maka memang benar kajian oleh UTM yang dibuat kepada 28,788 orang sampel itu tidak lari sedikitpun dan ia memang tulen tanpa bahan pengawet 'duit' atau 'janji politik'...

6. Tinggal lagi bagaimana pula tekad dan ikrar pemimpin yang kemungkinan diuji dengan tidak dicalon pada PRU akan datang ? Seperti yang diungkapkan YAB Presiden agar jangan ada yang sabotaj, atau merajuk, atau melompat atau memeluk tubuh melihat parti runtuh.

7. Lantaran itu Presiden bersama seluruh ahli di PWTC semalam telah bersumpah berikrar buat pertama kali yang kemudiannya telah disusuli dengan doa seperti berikut : 




“Katakan pada hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti setia pada perjuangan UMNO demi kedaulatan dan kesucian agama Islam kerana Umnolah pertahankan Islam.

“Kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti kerana UMNO pembela rakyat, katakan tuan-tuan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduan ialah tiang seri kepada perjuangan kita.

“Yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, hanya UMNO yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain, katakan pada jiwa kita hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, pertahankan UMNO kerana UMNOlah pertahankan Islam,” 


8. Jika ada lagi mahu khianat maka biarlah mereka itu DILAKNAT seluruh penduduk tujuh petala langit dan bumi kerana sanggup ikut hawa nafsu diri dan rela menghancurkan parti.


Ucapan penggulungan Presiden Umno DS Najib Tun Abdul Razak disambut 'standing ovation' oleh kepimpinan tertinggi parti ( gambar  darulehsantoday.blogspot.com/  )

9. Ketika Presiden UMNO mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan di ketika itu Saifuddin Nasution Ismail tanpa berfikir panjang mengutuk parti UMNO seperti yang dilapor blog Kelab Greenboc :

“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya.

Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya
.“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.

“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin.


10. Kita tahu sampai kiamat pun mereka tidak akan memuji UMNO. Namun yang paling besar sikap tidak rasional dengan kata-kata penuh nista terhadap Presiden yang banyak berjasa kepada agama, wajar dinilai oleh rakyat khususnya non partisan di luar sana.

11. Sedangkan sudah terlalu banyak jasa UMNO terhadap Islam di negara kita dan juga dunia. Lihat terkini usaha Malaysia menjadikan Palestin diiktiraf PBB telah tercapai seperti yang disebutkan dalam ucapan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi semalam..Di mana 138 negara menyokong sedangkan hanya 9 menentang pengiktirafan PBB terhadap Palestin tersebut. Adakah ini tidak dituntut oleh Islam ?


12. Bila disebut Najib dan pimpinan UMNO tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama walaupun ikrar penuh dengan semangat mahu memperkukuhkan agama dan bangsa demi kebaikan semua kaum di Malaysia maka sekali lagi kita perlu menilai kembali tahap mentaliti pemimpin bertaraf Setiausaha Agung PKR di sebelah sana.

13. Jelas Saifuddin Nasution ini jelas dari jenis orang yang bercakap tanpa berfikir, menuduh tanpa bukti, mendiamkan diri bila silap aksi, menyokong aliran songsang walau malu menunjukkan bukti dan tidak sesekali boleh dijadikan Pakatan dianggotainya sebagai pengganti pemerintahan Malaysia penuh makmur ini.

14. Jika pihak pembangkang dengan sinis mengatakan inilah perhimpunan kali terakhir maka dengan sinis juga kita jawab - tunggulah siapa yang akan berakhir dan siapakah pula yang akan kekal meneraju Malaysia yang makmur dan bertuah ini. Meskipun abang beliau sendiri adalah Setiausaha Politik PERDANA MENTERI Dato' Shahlan Ismail,  namun sikap Setiausaha Agung PKR ini menempelak ucapan PM memang amat dangkal dan kurang ajar. Yang bukan salah abang beliau kerana ia perkara yang lumrah berlaku di dalam mana jua keluarga di negara kita.

15. Sebelum ini adik Nik Aziz juga telah kurang ajar bila mendoakan pemimpin dan parti UMNO agar celaka dan dihancurkan. Baca entri dimaksudkan di sini http://www.penembak-tepat.com/2012/11/malu-besar-jadi-ahli-pas-bila-solat.html

16. Jika mengikut mafhum hadis Nabi ternyata doa yang baik akan berbalik kepada diri sendiri begitu juga sebaliknya. Maka dengan keyakinan kepada perkara ini kita pasti kehancuran yang telah di'juruskan' kepada parti UMNO pasti akan melantun kembali kepada mereka. Dengan izin Allah kebatilan akan hancur jua akhirnya walau nampak sebelum ini akan merampas Putrajaya.

 
Bukti doa hancurkan UMNO BN sudah lama termasuk semasa kempen PRK Tenang 

17. Dengan berkat doa 400 ahli jemaah haji yang ditaja 1MDB tahun ini selain puluhan ribu yang lain yang turut berdoa untuk generasi masa depan anak cucu mereka, sudah tentu doa itu akan menjadi penghalang sebarang usaha mahu kemusnahan kepada negara kita.

18. Jika orang lain punya negara maka kita hanya mempunyai negara ini sahaja yang telah menjadi  negara pemimpin peringkat dunia Islam sedunia. Dengan kekuatan ekonomi, hubungan luar yang mantap selain seni diplomasi yang tinggi maka berbagai sengketa telah berjaya kita leraikan demi kebaikan semua pihak yang terlibat dalam kancah perbalahan. Seperti konflik di Mindanao yang memakan nyawa selama empat dekad dengan 150 ribu nyawa. Berita http://mynewshub.my/2012/10/15/akhirnya-perjanjian-damai-di-mindanao-ditandatangani/


Akhirnya Perjanjian Damai Di Mindanao Ditandatangani

19. Jika ia dianggap untuk undi sudah tentu Malaysia akan mengundur diri dari bersusah payah di dalam menjadi orang tengah menyelesaikan konflik tersebut contohnya di Filipina. Namun demi Islam maka negara kita bersusah payah menghulur bantuan menghabiskan wang tidak pedulikan kata negara yang anti Islam,  agar nasib umat Islam terpelihara bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Jasa UMNO kepada Islam boleh dilihat di sini http://sarjanhassanjr.blogspot.com/2011/04/jasa-umno-kepada-islam.html  atau baca sahaja kupasan padat lagi mantap rakan bloggers Panglima http://belantan.blogspot.com/2012/06/slogan-umno-tolak-islam-jadi-kempen.html 

Apakah dengan membangunkan sektor ekonomi Islam seperti bank Islam, takaful, pajak gadai Islam, memperkemas sistem zakat dan haji, memperkukuh kaedah suku' dan wakaf sesuatu yang tidak berasaskan syariah dan menolak Islam?

Apakah dengan membangunkan sistem pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, memperkemas pendidikan Islam seperti program Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (JQAF) dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan, Sekolah Agama Integrasi, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bercanggah dengan ajaran Islam?

Apakah banyak biasiswa diberi kepada anak orang Islam untuk belajar bidang kepakaran di dalam dan di luar negara (termasuk anak-anak Pas) sesuatu yang tidak syarie. Apakah membangun Darul Quran untuk membolehkan generasi muda menjadi huffaz sesuatu yang bercanggah?

Apakah dalam sektor sosial bantuan diberikan kepada golongan fakir dan miskin dalam pelbagai bentuk tidak dianjurkan oleh Islam. Apakah dengan membina prasarana untuk kemudahan orang awam sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Islam.

20. Siapa pun sudah melihat segala kata, perbuatan dan pegangan parti UMNO dan lantaran itu maka sesiapa sahaja yang kini sudah 'transform' diri dan mahu mempertahankan parti keramat ini jangan segan sila lihat direktori pejabat Umno terdekat dengan kawasan anda untuk mendaftar menjadi ahli.

21. Sekaligus kehadiran anda akan pasti menguatkan lagi parti tunggal orang Melayu yang benar-benar menjaga orang Melayu dan Islam serta tidak menzalimi kaum yang lain selaras dengan apa yang diajar oleh Allah dan dipraktikkan oleh Rasulullah saw. Sila klik di sini http://www.umno-online.my/?page_id=3320  untuk selanjutnya.


Hidup Umno ! Hidup BN ! Hidup PM !

Allahu Akbar !!!

1 ulasan:

  1. Betol ke ni saje nak. G sedap hati je kot kalau dh semua ok bubar le plmt soldadu perang cyber jng la tulisan kamu umpama sokong bawa rebah

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.