Pages

03 Disember 2012

Video Nyanyian Arif Yasir 'Anak Kecil Main Api' Membuat Air Mata Perwakilan Mengalir #PAU2012




1. Wakil Perwakilan Kelab Umno Luar Negara dari Tokyo  Saudara Arif Yasir Zulkafli telah mencuit perhatian hadirin yang menghadiri Persidangan Agung UMNO 2012 dengan ucapannya yang memberi kesan kepada semua.

Arif Yasir Zulkafli Kelab Umno Tokyo

2. Pada mulanya ucapan beliau menggeletek hati perwakilan termasuk kepimpinan tertinggi UMNO sehingga berdiri menyanyi bersamanya. Namun akhir sekali ucapan beliau yang merayu kepada 'ayahanda dan bonda' agar mempertahankan UMNO, benar-benar meruntuh jiwa.

3. Lagu yang senikata sungguh dalam maknanya khususnya kepada orang Melayu yang bersengketa selama ini antara PAS dan UMNO sejak ia ditubuhkan selepas tidak puas hati kalah pemilihan UMNO.

4. Versi lagu ini ada versi yang sudah diubah iaitu Melayu kan gagah di Nusantara ditukar kepada Kita kan gagah di Nusantara.

5. Senikata asal boleh ditonton di dalam video ini :


6. Berita Buletin Utama juga turut menyiarkan rakaman beliau di dalam usaha murni mereka untuk menyedarkan orang Melayu agar jangan terus lalai dan bersengketa demi memastikan Melayu terus menjadi tunjang kepada Malaysia yang terbukti membawa keadilan kepada semua bangsa.

Wajah Wanita UMNO yang menangis mendengar lagu Anak Kecil




7. Syabas kepada Saudara Arif Yasir dan semoga orang Melayu akan sedar dan menangis lebih awal jangan pula menangis selepas kalah dan tumbang dalam pilihanrayara akan datang yang tidak ada gunanya. Bak kata pepatah ' menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya '



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.