Ini mesej yang disebarkan di group2 Facebook pagi tadi tentang situasi serangan dari blogger pro kerajaan. Mesej ini bertujuan mendedahkan tindakan setengah pihak yang menyerang agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Termasuk menggunakan Facebook.
Pelik bila menjelang hari kebangkitan rakyat esok #KL112 pihak seperti ini giat pula menyerang Agensi di Jabatan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi ia juga menjelang PRU 13 yang pastinya ahli UMNO sejati tidak akan melakukan perkara seperti ini.
Kerana itu panglima yakin ini bukan tindakan blogger pro kerajaan tetapi ia Trojan Horse yang sudah diresapi pengaruh pembangkang...
Kerana wang tidak mustahil apa sahaja sanggup dilakukan.
Jika ada kaitan dengan pemimpin tertentu ia juga bermakna pemimpin tersebut ialah pro Anwar yang sebenarnya...
Biasanya hanya pencuri yang akan tuduh orang lain mencuri, kan ?
Sebenarnya sejak tahun lepas lagi ada blog sudah menyerang Agensi ini 28 Disember 2011...Namun ia gagal memberikan kesan.
Selepas itu pada 31 Disember yang lalu blog lain pula digunakan untuk menyerang agensi yang sama. Lihat blog yang dimaksudkan :
Lebih bahaya kisah dalaman antara Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah juga disiarkan yang sekali kita lihat seperti ingin mengadu domba antara mereka berdua. Harap orang kuat Timbalan Menteri tersebut akan dapat menafikan khabar ini dengan segera.
Kerana hubungan mereka berdua dilihat tidak ada sebarang masalah yang merenggangkan hubungan antara dua kawan yang pernah sama berjuang di Agensi yang sama satu ketika dahulu.
Merosakkan agensi Jabatan Perdana Menteri adalah mensabotaj nama baik PM. Harap jangan kerana dendam maka ada makhluk yang tidak fikir tindakan mereka boleh mudaratkan Kerajaan khususnya BN yang akan bertarung hidup matinya tidak lama lagi.
Kecualilah itu yang mereka mahukan !!!
Baca mesej di bawah yang dihantar ke alam maya pagi tadi.
Assalamualaikum wrt wbt....Selamat pagi penghulu hari. Mari banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw moga hidup makin berkat tidak berwirid mencarut atau pukimak...
ada satu isu besar sedang berlaku bila PRU13 makin dekat ada juga serangan ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri oleh beberapa blogger pro kerajaan. Adakah mereka mahu BN kalah dan PM direbahkan atas kekalahan ? atau mereka mahu membetulkan keadaan?
Yang nyata secara tersirat serangan ini untuk melemahkan YAB Perdana Menteri Najib Razak kerana yang melantik Ketua Pengarah Agensi tersebut ialah Perdana Menteri atas nasihat dan pandangan berbagai pihak. Atau ia serangan untuk memastikan Ketua Pengarah tersebut tidak disambung kontrak walhal sumber memberitahu PM sudah sambung kontrak beliau...
Mohon pencerahan kawan-kawan. Jika ia memudaratkan mohon bersama kita menghalangnya... Serangan dari dalam lebih perit berbanding musuh dari Pakatan Haram...
Tulisan menjawab perkara ini sudah disiar di blog Panglima di sini http://www.penembak-tepat.com/2013/01/pluralisme-antara-prof-dr-syed-naquib.html?m=0
Panglima harap PDRM dapat menyiasat dalang yang cuba menyebarkan berita palsu dan fitnah untuk mencemarkan nama baik kepimpinan Agensi Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri ini.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan