Aku dan Amrayy bergambar di Bukit Aman
Satu taklimat media oleh pihak PDRM telah diadakan jam 2:30 petang tadi bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menerangkan kenapa PDRM mengeluarkan "Pas Media Khas" untuk digunakan oleh semua pengamal media untuk KL112 yang akan berlangsung Sabtu ini.
Ramai pengamal media berbagai platform hadhir dalam taklimat sebentar tadi termasuk wartawan dari Malaysiakini yang terus memboikot pas media khas ini,wartawan Malaysiainsiders,Harakahdaily,Sinar Harian dan pengamal media pro kerajaan yang lain.
Dalam taklimat ini kami diberitahu tujuannya tidak lain selain bagi memudahkan lagi kerja kedua belah pihak iaitu PDRM dan Pengamal Media dalam menghadapi KL112.Bertitik tolak dari pengalaman lalu terutamanya Bersih 3.0 pihak PDRM mengambil langkah proaktif agar kejadian sama yang melibatkan beberapa orang wartawan tidak berulang lagi.
Pun begitu,ianya tidak bermakna mereka yang memakai dan diberi "pas media khas pdrm" ini boleh sewenang wenangnya menjadi peserta dalam himpunan KL112 ini walaupun tiada sekatan tertentu dikenakan kepada pengamal media untuk mendapatkan pas ini.
Pihak PDRM juga turut menyediakan "URUSETIA MEDIA" PDRM yang akan membantu para pengamal media dalam menjalankan tugasan liputan mereka.Kepada mereka yang tidak sempat memohon atau mengambil pas ini pihak PDRM akan mengumumkan lokasi dimana pas ini boleh diperolehi.
Pengamal Media mendaftar untuk mendapatkan pas khas
Minaq Jinggo pun ada.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.