Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Januari 2013

#KL112 dan Pesan-pesan al-Qaradhawi « Demi Rakyat Di Blog Anwar - Cukup Bahaya Hasut Rakyat Jelata @PDRMsia

Baru sahaja Panglima meneliti entri di blogAnwar Ibrahim yang nampaknya cuba menaikkan keghairan golongan marhaen di Malaysia termasuk pemuda pemudi agar memenuhi jalan raya esok.

Seperti kebiasaan jalan raya adalah pentas terakhir mereka membuat kekacauan untuk raih simpati rakyat kebanyakan.

Yang malang ialah taktik ini tidak menguntungkan Malaysia bahkan menjadi bahan ketawa pihak BN yang melihat ia satu jenaka pihak yang sudah malu menabur janji kerana banyak lagi yang gagal ditepati.

Pembangkang sepanjang tahun memberi ucapan politik dalam ceramah mereka. Kali ini syeikh Yusuf Al-Qaradawi dijadikan sandaran. Kerana kali ini sahajalah peluang mereka untuk merampas kuasa melalui jalan raya bukan melalui pilihanraya.

Sebagai anak jantan ( bukannya pondan semestinya...) mereka perlu menggunakan kaedah undi yang ada tetapi dengan  penganjuran himpunan ini sudah tentu ia bertujuan cetuskan kekacauan bukan keamanan yang kita sedang nikmati sekarang. 

Baca entri sedutan yang dimaksudkan  sikit di bawah

" Nah! Saya tak fikir anak muda yang berhempas membanting tulang untuk membayar PTPTN akan berdiam diri. Tak siapa akan percaya bahawa orang dewasa yang diperas wang saku mereka untuk membayar tol ratusan ringgit sebulan tak akan berbuat apa-apa. 

Tak masuk akal untuk pemandu teksi yang dihambat seperti lembu untuk membayar sewa kereta ribuan ringgit sebulan akan duduk goyang kaki. Kita semua takkan percaya, pekebun yang tanah mereka dirampas, harga tanaman mereka jatuh teruk; dengan penternak yang kehilangan hak memelihara haiwan ternak akan hanya bermain seruling lalang di tepi padang ragut.

Setiap sendi kekuatan rakyat akan bangkit. Pada 12 Januari ini. Dengan izin Allah, sebuah peringatan tegas akan sampai ke muka para penzalim. Biar sekebal manapun mereka. "

http://anwaribrahimblog.com/2013/01/11/kl112-dan-pesan-pesan-al-qaradhawi/?wpmp_switcher=desktop





Harap PDRMsia dapat ambil tindakan...


Sent from my iPad

3 ulasan:

Unknown berkata...

tolong link kan dengan blog tuan http://paritbuntarrebels.blogspot.com/

Unknown berkata...

al-Qaradhawi sepatut jadi PM Mesir di sebabkan ilmunya,bersesuiaan dgn situasi di Mesir.kenyataan beliau bertepatan dari segi sosial-ekonomi semasa dan kehidupan rakyat Mesir yg tertindas ketika ini.Tidak seperti malaysia yg lebih ke hadapan.DSAI tidak ada function apa2,cuma copy paste dan salah tempat dan tak de idea.Di Malaysia,rakyat bebas bersuara dan memberi pendapat malah rakyat malaysia mampu memiliki kereta mewah dan setanding dgn kemampuan negara2 maju.Pemilikan aset juga bebas dari kos rendah,sederhana sehingga kos tinggi,mengikut kemampuan.Rakyat Malaysia mampu bersantai di kedai2 makan dan rata2 berkemampuan utk berbelanja.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ok terima kasih bro.akan dilinkkan.

Geng Gone : itulah sebab kita kena tolak DSAI

Cari Blog Ini

Translate