Umarak Dan Ulamak Berganding Bahu Untuk Ambil Alih Kelantan
Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.
"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).
"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.
Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.
Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.
Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.
Perdana menteri hari ini mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. BERNAMA
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.