Pages

09 Januari 2013

Pluralisme : Antara Prof Dr Syed Naquib Al-Attas vs Anwar Ibrahim, Theunspinners & Biro Tatanegara Cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Alihamsa55 @ahmadmaslan @TengkuAdnanReal

Assalamualaikum. Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah pagi ini panglima baru sahaja membaca artikel sangat menarik tentang tokoh yang pernah diangkat oleh UMNO semasa Persidangan Agung Umno kali-65 sebagai Tokoh Melayu Terbilang pada 11 Mei 2011 yang telah disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Ab Razak di hadapan Setiausaha Agung Tengku Adnan dan seluruh kepimpinan UMNO yang datang PAU 2011.



Artikel inidisiar di Utusan Malaysia oleh Zaini Hassan.

Beliau ialah Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 

Yang menariknya tokoh ilmuan ini turut diminati oleh rakan Blogger Theunspinners - yang mengikut apa yang disampaikan - pernah menghadiri program mingguan beliau yang turut diikuti secara berterusan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Raja Arif bin Raja Ali. Yang tidak ramai ketua Jabatan atau pemimpin politik negara kita mengambil sikap sedemikian. 

Panglima pernah berhubung melalui FB dengan KP BTN ini bertanyakan program mingguan Prof Naquib Al-Attas pada Disember tahun lepas malangnya ia sudah selesai untuk tahun 2012. Jadual terbaru panglima sedang mencari untuk menikmati hidangan ilmu yang mungkin tidak mampu orang biasa mengikutinya kecuali oleh hati yang bercahaya.

Kerana itu tidak pelik bila murid kanan Syed Naquib iaitu Prof Wan Mohd Noor dilantik menjadi Felo Terhormat BTN pada 11 Ramadhan 1433 Hijrah / 11 Ogos 2011. Ia sejajar dengan pengiktirafan UMNO dan Malaysia terhadap Ulama besar tersebut. Anak murid Prof Wan pula iaitu Dr Adian Husaini juga turut diundang BTN membantu menyampaikan ceramah tentang Pluralisme yang jelas dipelopori pemimpin PKR dan juga Syiah yang banyak dalam parti politik Pas.Buktinya lihat di bawah.




Sebelum membaca lebih lanjut mari kita berkenalan dengan Dr Syed Naquib Al-Attas ini.

Biodata beliau :

YM. PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

1. Nama - Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas

2. Tarikh lahir - 3hb. September 1931

3. Tempat lahir - Bogor, Jawa

4. Pendidikan Awal

i) Mulai belajar pada usia lima (5) tahun di Johor.
ii) Semasa pendudukan Jepun dia telah pergi ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-Urwatul-Wathqa.
iii) Di dalam tahun 1946, beliau telahpun pulang ke Johor dan belajar di sekolah menengah.
iv) Setelah tamat belajar di sekolah menengah pada tahun 1951, beliau telahpun menyertai askar Melayu selaku seorang pegawai kadet.

5. Pendidikan tinggi -

i) Telahpun belajar di Eaton Hall Chester, Wales.
ii) Belajar di Royal Military Academy di Sandhurst, England (1952-1955).
iii) Mulai berjinak dan mendalami ilmu sufi dengan menggunakan perpustakaan akademi di England.
iv) Telahpun menjelajah ke Sepanyol dan Afrika Utara untuk mendalami ilmu keagamaan.
v) Telahpun melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di Singapura dari tahun 1957 ke 1959.
- Mulai menjadi penulis di dalam ilmu keagamaan sejak di menara gading.
vi) Melanjutkan pengajian di Mc Gill University di Montreal, Kanada dan telahpun dianugerahkan Ijazah Sarjana "Cemerlang" di dalam bidang Falsafah Islam pada tahun 1962 – melalui tesisnya bertajuk "Raniri dan Wujudiyyah di abad ke tujuh belas di Acheh".
vii) Beliau telahpun melanjutkan pengajiannya "School of Oriental and African Studies" di University London.
viii) Di dalam tahun 1962, beliau telahpun menulis tesis dua jilid bertajuk mistik Hamzah Fansuri.

6. Karier -
i) Di dalam tahun 1965, beliau telahpun dilantik sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya.
ii) Menjadi Dekan Fakulti Sastera di Universiti Malaya dari tahun 1968 ke 1970.
iii) Di dalam tahun 1970, beliau telahpun berhijrah ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Kesusasteraan dan kemudiannya beliau menjadi Dekan Fakulti Sastera
–beliau telahpun mencadangkan kegunaan Bahasa Malaysia secara lebih mendalam dan berkesan di dalam Pengajian
Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dan menekankan pengaruh Islam.
iv) Beliau telahpun menubuhkan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 untuk merealisasikan visinya untuk memperkasakan Bahasa Malaysia.
V) Di dalam tahun 1987, beliau telahpun menubuhkan Institut Antarabangsa mengenai pemikiran dan tamadun Islam di Kuala Lumpur di mana beliau telahpun memberikan perhatian dan penekanan kepada kajian yang mendalam kepada aspek-aspek metafizik, kebenaran, Mahiyyah (quiddity) dan wujud.

7. Beliau juga telahpun menerima banyak anugerah dan ijazah-ijazah kehormat dari pelbagai universiti hasil dari kejayaannya di dalam dunia pengkajian, falsafah dan akademik. Diantaranya :-

i) Raja Hussein dari Jordan telahpun melantik beliau sebagai ahli Akademik diRaja Jordan pada tahun 1994.
ii) Pada bulan Jun 1965, Universiti Hartoum, Sudan telahpun menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Falsafah di dalam bidang kesusasteraan.

8. Sumbangan-sumbang besar di peringkat Nasional ialah :-

i) Beliau adalah seorang falsafah dan ahli fikir di dalam dunia keIslaman.
ii) Telahpun banyak menulis buku – buku berlatarbelakangkan sejarah, kebudayaan, kesusasteraan, ilmu sufi, pemikiran,
falsafah Islam dan metafizik.
iii) Beliau juga adalah pencipta logo-logo pasukan tentera, polis Diraja dan parti UMNO.

9. Buku-buku dan monograf yang telah dihasilkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah seperti berikut:-

• (1953) Rangkaian Ruba'iyat (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).
• (1963) Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays (Singapore: Malaysian Sociological Research Institute).
• (1969) Raniri and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh (Kuala Lumpur : Monographs of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society).
• (1970) The Mysticism of Hamzah Fansuri (Kuala Lumpur : University of Malaya Press)
• (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription (Kuala Lumpur : Museum Department).
• (1972) Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).
• (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri's Hujjatu'l Sidiiq : A Refutation (Kuala Lumpur : Museum Department)
• (1978) Islam and Secularism (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993).
• (1980) The Concept of Education in Islam (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1986) A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri : Being an Exposition the Salient Points of Distinction between the Positions of the Theologians, the Philosophers, the Sufis ad the Pseudo-Sufis on the Ontological relationship between God and the World and Related Questions (Kuala Lumpur : Malaysian Ministry of Culture).
• (1988) The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation of the 'Aqa'id of al-Nasafi (Kuala Lumpur : University of Malaya).
• (1989) Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)) (tr. Into German by Christoph Marcinkowski as Islam und die Grundlagen von Wissenschaft, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001).
• (1990) The Nature of Man and The Psychology of the Human Soul (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilizatin (ISTAC).
• (1990) On Quiddity and Essence (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1990) The Intuition of Exixtance (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1992) Islam : The Concept of Religion and the Foundation of Ethnics and Morality (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam (tr. Intro Malay by Muhamamd Zainiy 'Uthman as Ma'na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, Kuala Lumpur : ISTAC; and into German by Christoph Marcinkowski as Die Bedeutung und das Erleben von Gluckseligkeit im Islam, Kuala Lumpur ; ISTAC, 1998).
• (1994) The Degress of Existence.
• (1995) Proglegomena to the Metaphysics of Islam : An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (2001) Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (2007) Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Penang, Malaysia : Universiti Sains Malaysia.

10. Kriteria tokoh dipilih :-

Tokoh ini telahpun banyak menyumbangkan di dalam bidang keagamaan, falsafah, bahasa, budaya, kesusasteraan dan mempertingkatkan tahap nasionalisme di Negara kita. Sepanjang hayatnya sehingga kini karya-karyanya juga banyak dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para mahasiswa dan cendikiawan Islam.



Prof Wan Mohd Noor Wan Daud telah diangkat sebagai Fellow Kehormat Biro Tatanegara pada majlis  yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad bin Maslan. Bahkan ia serentak dengan perasmian Logo BTN yang baru seperti gambar skrin di bawah ini. 



Kerana itu bila ada pihak seperti Malaysiakini dan beberapa blog menggunakan logo lama BTN dalam kritikan mereka, maka ia secara tidak langsung menunjukkan peribadi penulis tersebut yang lemah serta gagal membuat kajian yang sempurna. Lebih malang ada juga blogger Unit Media Baru Pemuda UMnO Malaysia juga turut menyebarkan cerita tidak tepat tentang BTN yang tidak perlulah disebut di sini nama blog mereka.




Begitu juga bila mereka mengaitkan agenda ABIM dalan BTN maka ia juga ternafi dengan bukti-bukti ini. Ramai tidak tahu Ismail Mina adalah bekas ABIM seperti bekas Presidennya Dr Yusri, namun mereka tidak mengikut Anwar Ibrahim membuta tuli kerana mereka masih ada akal dan hati untuk menilai dan mentafsir. 

Jika diikutkan ramai bekas PKR kini antara tokoh besar dalam UMNO termasuklah Zulkifli Nordin Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Ezam Mohd Noor. Adakah dosa mereka tetap wujud walau sudah berpaling arah menyertai Kerajaan Barisan Nasional ? 

Perlantikan Prof Wan Mohd Noor bukan dibuat secara rahsia bahkan turut mendapat liputan akhbar Berita Harian 




Mengikut penelitian Panglima banyak penulisan ilmiah khususnya Gagasan 1Malaysia dihasilkan oleh beliau sendiri dan anak-anak murid beliau yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri tahun lepas di Pejabat Perdana Menteri. anda boleh layari web BTN untuk info selanjutnya...



Bahkan kesarjanaan guru beliau juga diiktiraf oleh pihak pembangkang sendiri seperti skrin gambar di bawah. 

Jelas rupanya Perdana Menteri, parti UMNO, KSN tidak membuat keputusan yang salah memilih tokoh Prof Dr Syed Naquib sebagai sanjungan mahupun orang seperti Raja Arif yang menerajui agensi Kerajaan seperti BTN yang juga melantik murid kanan tokoh tersebut iaitu Prof Wan Mohd Noor sebagai Felo Terhormat BTN yang terbukti pilihan tepat untuk kebaikan semua pihak.




Akhir sekali ikuti artikel Ketua Pengarang Zaini Hassan di Utusan Malaysia bawah ini...


Antara Syed Naquib dan Anwar

PADA Hari Sabtu (22/9/2012), pukul 9 hingga 11 malam, saya dan rombongan Rektor Universitas Ibn Khaldun (UIKA) Bogor, berkesempatan menghadiri kuliah terbuka (Saturday Night Lecture) Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Kampus Antarabangsa UTM.

Kuliah rutin Prof. Naquib al-Attas ini diselenggarakan oleh Center for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilization (CASIS) - UTM yang didirikan dan dipimpin oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud. Sebenarnya, tujuan utama delegasi UIKA Bogor ke Kuala Lumpur adalah menandatangani nota persefahaman antara UIKA dengan Universiti Teknologi Malaysia, sebuah universiti besar dengan mahasiswa internasional lebih dari 4,000 orang.

Namun, kami bersyukur sempat juga mengikuti kuliah umum Prof. Naquib al-Attas, yang pernah mengunjungi UIKA di tahun 1990-an. Kota Bogor juga sangat akrab dengan Prof. al-Attas, sebab di masa kecil beliau pernah tinggal di sini. Beliau adalah cucu dari Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas, yang di daerah Empang Bogor popular dengan sebutan "Habib Kramat".

Malam itu Prof. Naquib al-Attas banyak menghuraikan makna dari sejumlah istilah penting dan popular dalam kajian Islam, seperti makna ad-Din, religion, knowledge, ilmu pengetahuan, ilmu pengenalan, ma'rifat, dan sebagainya.

Sekitar 300 peserta memenuhi auditorium Kampus Internasional UTM. Mereka cukup beragam; ada guru besar, pejabat tinggi negara, pengusaha, kalangan professional, mahasiswa, dan juga hadirin dari Indonesia, Singapura, Thailand, dan sebagainya.

Di usianya yang ke-83, Prof. al-Attas masih mampu memberikan kuliah dengan lancar selama hampir tiga jam. Al-Attas terkenal dengan teorinya, bahawa "Islam is the only genuine revealed religion"; Islam adalah satu-satunya agama wahyu yang murni. Selain Islam, menurut al-Attas, masuk kategori agama budaya (cultural religion). Sudah semestinya, setiap Muslim meyakini kebenaran dan keistimewaan Islam sebagai nama satu agama dan juga sebagai cara yang benar dalam berserah diri kepada Allah (submission to Allah). Keyakinan orang Muslim itu sepatutnya dihormati, sebagaimana juga kaum Muslim menghormati keyakinan agama-agama lainnya.

Dalam kaitan inilah, Prof. al-Attas mengkritik fahaman Pluralisme Agama, yang secara intoleran, melarang kaum Muslim - dan pemeluk agama-agama lain -- untuk meyakini kebenaran agamanya masing-masing.

Dalam karya monumentalnya, Prolegomena to the Metaphysic of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), al-Attas sudah mengkritik fahaman Trancendent Unity of Religion - satu jenis Pluralisme Agama - yang kian marak disebarkan akhir-akhir ini.

Malam itu, Prof. al-Attas menegaskan kembali kekeliruan fahaman Pluralisme Agama dan menepis berbagai tudingan yang menyatakan bahawa umat Islam tidak toleran terhadap umat beragama lainnya.

Penjelasan Prof. al-Attas tentang kekeliruan fahaman Pluralisme tentu saja sangat penting di Malaysia saat ini. Sebab, wacana Pluralisme tampaknya sedang hangat di Malaysia.

Saat kunjungan ke Malaysia itu, saya menerima hadiah sebuah buku berjudul "Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah", yang diterbitkan Muafakat, Kuala Lumpur, 2012. Membaca buku ini, tampak wacana Pluralisme sedang sangat rancak dibincangkan di Malaysia.

Memandang begitu pentingnya isi buku ini, maka begitu tiba di Jakarta, pada 26 September 2012, buku ini langsung saya bahas dalam acara Dialog Malam di Radio Dakta 107 FM.

Seingat saya, di tahun 2003, saat saya memulai kuliah di ISTAC-IIUM, wacana Pluralisme Agama masih asing di banyak aktivis Islam di Malaysia. Saat membentang fakta dan data tentang Pluralisme Agama di Indonesia, dalam berbagai forum diskusi, banyak tokoh dan cendekiawan di Malaysia, menyatakan, bahawa pendapat sejumlah kaum Pluralis di Indonesia sangat ekstrem, sampai membenarkan semua agama.

Fahaman semacam itu, kata mereka ketika itu, sulit berkembang di Malaysia, kerana pemerintah Malaysia bertugas menjaga aqidah Islam, sebagaimana diamanahkan dalam Perlembagaan.

Tetapi, kini, wacana Pluralisme Agama pun sudah tampak mulai berkembang, meskipun masih mendapatkan tentangan yang sengit daripada berbagai kalangan cendekiawan ulung seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Tahun 2006, umat Islam di Malaysia pernah dihebohkan dengan terbitnya buku berjudul "Islam dan Pluralisme" dibiayai oleh Konrad Adenauer Foundation. Di antara cendekiawan yang tulisannya dalam buku tersebut adalah Nurcholish Madjid, John Hick, dan Asghar Ali Engineer.

Kini, wacana Pluralisme Agama makin meluas, apalagi setelah tokoh politik Anwar Ibrahim secara terbuka menyampaikan pidatonya yang berisi dokongan terhadap fahaman ini.

Buku "Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah" yang disunting oleh aktivis Islam senior di Malaysia, Ismail Mina Ahmad, ini banyak mengupas dan mengkritik pidato Anwar Ibrahim di London School of Economics, 18 Mac 2010.

Adalah penting untuk menyemak petikan-petikan isi pidato Anwar Ibrahim tersebut:

"…. it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the denominations…."

"Back in the 13th century, the mystical poet Jalaluddin al-Rumi wrote in the Masnawi: The Lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; if Thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality…"

"Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in South East Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently.

This is why the discourse on religious pluralism must deal with the fundamental question of freedom of religion and by association the freedom of conscience. The question arises as to whether it is diversity of religions which makes the divided world more divided or the denial of religious freedom that causes it.

I believe I am not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world, it is morally unacceptable to say to people of other faiths: We believe in Our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong….

Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all converge on the singular truth; and that is from God we were sent forth and unto God shall we return.

Yet certain leaders of the major world religions continue to make exclusivist claims to the eternal truths rather that accepting the commonality that blinds us. If we accept that there can be unity in diversity, religious pluralism can therefore be a unifying force, not a cause of division. That is the way to take us away from darkness into light, from war to peace and from hatred and evil to love and kindness."

Demikianlah isi pidato Anwar yang diterjemahkan dalam buku tersebut sebagai berikut:

"… ia realiti yang terbentang 'penuh telanjang' di dunia kita ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu sahaja yang membawa ke jalan keselamatan, syurga. Pandangan yang eksklusif, tertutup ini, sayangnya tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga dalam kerangka mereka yang sama agamanya…."

"Kembali ke belakang, dalam abad ke-13, penyair sufi Rumi menggubah dalam Masnawinya: Lampu-lampu berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari Seberang Sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan…."

"Pada hari ini, kebebasan beragama yang tanpanya tidak ada pluralisme agama, adalah suatu kebebasan yang tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi yang terkenal teguh kedudukannya. Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang merugikan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama. Tetapi ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara sikap bercanggahan antara dua perkara berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa (taken for granted) sehingga akhir-akhir ini.

"Sebab itulah maka wacana tentang pluralisme agama mesti berhadapan dengan persoalan asasi berkenaan dengan kebebasan beragama dan dengan mengaitkannya dengan kebebasan dhamir manusia (freedom of conscience). Persoalan yang timbul ialah adakah kepelbagaian agama yang menjadikan dunia terbahagi-bahagi itu menjadi lebih terbahagi-bahagi lagi sifatnya, ataupun penafian kebebasan beragama yang menjadi penyebab baginya.

"Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisme agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai sistem kepercayaan lain daripadanya: "Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar…

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata (mere practice) dan ibadat semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

"Tetapi ada pemimpin tertentu agama-agama dunia yang terus-menerus membuat dakwaan yang eksklusif tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi dan tidak sangat menerima perkara-perkara yang sama (commonality) yang menghubungkan kita semua. Kalaulah kita menerima bahawa memang ada persatuan dalam kepelbagaian, maka Pluralisme Agama menjadi satu tenaga penyatuan, bukan sebab bagi perpecahan. Itulah jalannya untuk menarik kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan."

Demikian sejumlah petikan paparan Anwar tentang Pluralisme Agama.

Silalah masing-masing menilai sendiri, bagaimana isi pidato Anwar tersebut. Isi pidato itu sangat jelas mendukung fahaman Pluralisme Agama. Terlepas dari motivasi pidato tersebut, yang jelas, pendapat Anwar tentang Pluralisme Agama itu segera menuai banyak debat dan kritik oleh aktivis dan cendekiawan di Malaysia.

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dr. Yusri Mohamad, menyatakan, bahawa dengan penekanan pada "kesamaan" dan "kesetaraan" dalam semua hal, termasuk dalam hal beragama, maka Pluralisme Agama akhirnya akan menjurus kepada konsep keyakinan.

"Iman-kufur", "tawhid-syirik". (hal. 190).

Ini ertinya, Pluralisme Agama sudah memasuki wilayah yang paling mendasar dalam ajaran Islam, iaitu aspek aqidah atau keimanan.

Cendekiawan Muslim Malaysia, Dr. Mohd Farid Mohd. Shahran, menulis, bahawa Pluralisme Agama termasuk bentuk kekeliruan ilmu atau sufasta'iyyah (sophism) yang ditolak oleh aqidah Islam. Pluralisme yang menerima kebenaran semua agama - menurut cara pandang agama masing-masing - adalah jenis sufasta'iyah al-indiyyah yang tidak menerima satu kebenaran yang objektif dan mutlak, sebagaimana disyaratkan dalam aqidah Islam. Imam al-Nasafi telah menegaskan kemampuan akal manusia dalam meraih kebenaran mutlak secara bersama dan menolak pandangan nisbi kaum sofis. Menegaskan pendapat Imam Nasafi, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan: "penyangkalan terhadap kemungkinan dan objektiviti ilmu pengetahuan akan mengakibatkan hancurnya dasar yang tidak hanya menjadi akar bagi agama, tetapi juga bagi semua jenis sains." (hal. 193).

Kerana itu, Dr. Farid - murid Prof. Syed Naquib al-Attas di ISTAC-IIUM -- menyimpulkan: "Sekiranya kita menerima fahaman Pluralisme Agama, ia bukan sahaja bertentangan dengan prinsip aqidah Islam, malah juga bertentangan dengan prinsip akal yang sihat. Ini kerana akal tidak boleh menerima dua hakikat yang sama-sama benar akan tetapi saling bertentangan untuk wujud di satu masa. Ini bertentangan dengan prinsip asas dalam logik iaitu the principle of non-contradiction."(hal. 193).

Pakar Pluralisme Agama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Dr. Anis Malik Thoha, menguraikan pandangan Prof. John Hick yang sering ditempatkan sebagai "nabinya" kaum Pluralis Agama.

Kata Hick: "…the great religious traditions are to be regarded as alternative soteriological "spaces" within which, or "ways" along which, men and women can find salvation/liberation/fulfillment."

Menurut Hick, betapa pun agama-agama itu berbeza satu sama lain, tetapi hakikatnya agama-agama itu adalah media atau cara-cara/jalan-jalan yang sama abash/valid dan sama-sama otentik untuk menuju satu tujuan yang satu san sama, atau untuk meraih keselamatan. Dengan demikian, masing-masing dari pemeluk agama-agama tersebut tidak boleh mengklaim bahawa agamanya sendiri yang benar secara absolute dan mutlak.

Dr. Anis mengingatkan, bahawa meskipun sekilas doktrin Pluralisme Agama tampak cantik, indah, dan menjanjikan perdamaian, tetapi jika dicermati dengan saksama, "doktrin ini sesungguhnya telah melakukan pembodohan yang luar biasa dahsyat, penodaan harkat dan martabat manusia, penjungkirbalikan logika normal dan, pada akhirnya, pengingkaran eksistensi agama-agama itu sendiri." (hal. 169).



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Nasihat akhir, betulkan niat menjadi blogger kerana Allah bukan kerana wang atau habuan. Blogger beretika akan menulis penuh etika dan akan dihormati kerana etikanya...

Jangan jadi bodoh dengan menjadi alat kepada sesiapa yang hanya tahu untuk 'melampiaskan' nafsu syahwatnya memburu dunia.

Berani kerana benar takut kerana salah...Kalau salah tetap salah tidak kira bila dan berapa lama dan ia juga tidak akan berubah... 

Jangan mencemar maruah orang dengan fitnah  kerana dosanya tidak akan diampun Allah kecuali selepas dimaafkan mangsanya.

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.