Panglima : Hati baik akhlak pun baik....Hati jahat mulut juga akan jahat dan tidak layak digelar ulama.
Janda Berjaya – Baru-baru ini, negara digemparkan dengan panggilan dan cercaan seorang pemimpin besar dan tokoh ulama' Parti Islam Semalaysia yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan ternakan. Nyatalah sekali, kejutan tersebut disambut pula oleh seorang 'ulamak' muda yang kontroversial, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila beliau beberapa hari lepas menyamakan kerajaan sebagai pelacur.
Maka, penuhlah facebook dan twitter menjadi mata rantai mencerca dan mengaibkan pemimpin negara dengan menggunakan artikel tersebut, dan berseronoklah 'ulamak' muda tersebut apabila kata-katanya dijadikan buah peluru untuk menghina pemimpin negara.
Menegur Pemerintah
Acapkali, dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau, beliau menasihatkan pendengar dan pengikut beliau supaya berlaku adil dan rasional. Begitulah dalam sejarah manusia, seringkali yang menasihatkan sedemikian adalah mereka yang bertindak 180 darjah bertentangan dengan apa yang didakyah oleh mereka.
Contohnya, seperti pihak komunis, seringkali menamakan diri merekalah yang paling demokratik atau kepunyaan rakyat tetapi di bawah merekalah yang paling miskin demokrasinya dan paling menderita rakyatnya.
Malang sekali, dalam tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan seks sebagai penambah perisa penulisannya.
Baca seterusnya
http://www.anwaraidc.com/?p=32095Sent from my iPad
Nak jadi calon kenalah buat macam tu, jika tidak tiada siapa nak pandang dia..
BalasPadam"Malang sekali, dalam tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan seks sebagai penambah perisa penulisannya".
BalasPadamtepat sekali! kenyataan yang benar dan se bear2 nye
'Pelacur' adalah perempuan yang jual cipap dia untuk wang. Asri jugak pelacur kerana jual etika ilmunya untuk politik PAS. PAS pelacur agama kerana selalu flip flop dalam soal hukum (ada ketika kata boleh ada ketika pulak tak boleh) kerana nak kan undi. JELAS?
BalasPadam