MB Perlis konvoi bersama Jelajah Anak Malaysia
wartawan FARHAN ADNAN/Foto BRASCO |
AHAD, 3 Februari 2013 – Sungai Siput pada hari ini telah melancarkan program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput yakni menyambut baik suara anak muda dari IM4U yang merupakan gelombang sukarelawan ke seluruh Malaysia. Aktiviti yang dijalankan berfokus kepada gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan pilihan di sekitar Sungai Siput.
Program ini turut melibatkan para peserta dari Jelajah Anak Malaysia, PLKN, RELA, pelajar-pelajar sekolah serta masyarakat setempat. Dato' Hj Ahmad bin Pakeh Adam selaku Adun Lintang telah melancarkan program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput di Dataran JKR.
"Kita haruslah menunjukkan taat setia kepada Negara, kasih sayang kepada Negara dan juga membersihkan Negara yang mana bukan sahaja bersihkan Negara malah bersihkan juga hati perut dan pemikiran" katanya.
Baca selanjutnya :
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.