Menghayati kewartawanan, keintelektualan Firdaus
BARU-BARU ini telah berlangsung majlis pelancaran buku bertajuk 'Cermin Belakang' karya bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Ia adalah himpunan koleksi esei tulisan beliau yang pernah disiarkan dalam kolum di Utusan Malaysia dengan tajuk sama sekitar 2008 hingga 2009.
Naskhah berharga RM38 sebuah yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. mengandungi 63 bab pendek dan 284 muka surat.
Ia dibahagikan kepada empat topik teras iaitu politik dan kekuasaan, tokoh dan peristiwa, tradisi dan jati diri serta pendidikan dan negara bangsa.
Bagi pembaca yang tertanya-tanya apakah keunikan buku berkenaan boleh meneliti kata pengantar yang ditulis oleh Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Kata pengantar bertajuk 'Kepenyairan Firdaus Abdullah' menjelaskan, sebanyak 28 esei atau kira-kira 50 peratus daripada koleksi esei berkenaan dimulakan dengan pelbagai bentuk kata-kata kiasan - pantun, seloka, gurindam dan syair.
Selain itu, tulisnya, kalau pembaca membaca setiap esei berkenaan dengan mendalam mereka akan bertemu dengan nilai-nilai dan falsafah Minangkabau yang dipegang oleh Firdaus.
"Saya dapati menatap setiap esei dalam koleksi ini adalah sangat memuaskan kerana di samping dipuaskan oleh kupasan tajam mengenai situasi politik di Malaysia dan luar negara, ramuan keminangkabauannya dan kepenyairannya telah membikin koleksi ini suatu koleksi unik," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan yang menulis pengenalan buku berkenaan menjelaskan, kebanyakan esei mengenai politik adalah berdasarkan pengamatan dan renungan Firdaus terhadap permasalahan Melayu kontemporari, khasnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.
"Walaupun esei yang ditulis tidak menawarkan jalan keluar atau penyelesaian terhadap permasalahan kritikal Melayu dan Malaysia, namun idea dan pemaparan permasalahan yang dikemukakan boleh digunakan oleh para pembaca untuk merenung dan menelaah secara kritis isu-isu yang dikemukakan.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan