Panglima :
Harap tindakan tegas demi maruah Malaysia dapat dilakukan terhadap penceroboh yang membunuh pihak keselamatan kita. Seperti pandangan Tun Mahathir semalam, elok diambil tindakan tegas terhadap mereka yang tergamak menjadikan anak-anak anggota yang terbunuh sebagai anak yatim, dan isteri-isteri mereka menjadi janda...
Adakah benar insiden ini berlaku kerana bangsa Sulu terhutang budi dengan Anwar Ibrahim yang memberi kerakyatan kepada sebilangan besar dari mereka ?
Wallahu A'lam...
Lahad Datu: Hishammuddin, Zahid tiba di Felda Sahabat
4 Mac 2013
LAHAD DATU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di Felda Sahabat 16 kira-kira 130 kilometer dari sini hari ini.
Mereka tiba pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo.
Hishammuddin dan Zahid dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas taklimat itu di Pusat Media di Residental Felda Sahabat tidak jauh dari situ. - Bernama
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.