MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:
Tarikh: 04 Mac 2013 1. Supt Ibrahim bin Lebar 2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran Masa: 6.00 petang Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
3. ASP Micheal Padel Masa:5.30 petang Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
4. Sjn/D Baharin bin Hamit Masa: 2.00 petang Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu
5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun Masa : 10.00 pagi (van jenazah) Tempat: Semporna
6. Kpl/S Salam bin Togiran Masa: 10.30 pagi (van jenazah) Tempat: Batu 15, Tawau.
Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.