BERIKUT PENJELASAN PIHAK DIKAIT DENGAN BLOG INI NAMA USTAZ ZULNUN YANG MAHU IA DISIARKAN DI SINI.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang.Segala puji bagiNya yang memiliki segala kekuasaan dan Pemilik sekelian alama.Selawat dan salam ke atas Baginda Junjungan Nabi Muhammad saw
Penjelasan ini untuk menjelaskan perkara yang dikaitkan dengan diri ana sebagai pemunya blog nama panglima perang cyber.
Untuk makluman ana mengaku mempunyai blog peribadi tetapi sudah lama tidak diupdate.Tapi ia bukan blog politik.Blog tersebut adalah untuk perniagaan mulit level ana.Selain promosi pusat al quran ana.
Tindakan mengaitkan saya dengan blog panglima perang cyber (artikel http://www.penembak-tepat.com/2013/02/blogger-sanggah-tok-janggut.html ) tidak wajar kerana saya tidak mahu nama saya dikait dengan blog politik yang menyokong parti tertentu.Dakwah tidak terikat dengan parti tertentu.Benar ana akan kata benar dan salah ana akan kata salah.Tugas ana cuba betulkan sekadar yang mampu mengikut saluran yang ana boleh guna dengan cara ana rasa hikmah tidak keras.
gambar ana dijemput jadi tok imam kursus khas bulan ramadhan pegawai-pegawai btn 2012
Kalu bab agama ana tidak teragak lagi akan tolak pihak yang mahu guna kalimah Allah kepada kitab Bible terjemahan melayu.ana juga tolak puak hina Nabi Muhamad saw yang kata seperti mamat kampong.ana lagi tolak jika pihak sokong maksiat rumah urut pelacuran dan tolak hukum Allah ataupun tolak perintah menutup aurat.
Sebagai lulusan agama tugas ana untuk berdakwah kepada semua pihak termasuk pkr pas kerana tugas dakwah tugas nabi yang kena dibuat siapa menuntut ilmu agama.Ana mengaku pernah dijemput jadi tok imam kursus btn dan bagi kuliah kerana ada kawan ana kerja di btn.ana tidak tolak sesiapa sahaja nak jemput ana.Termasuklah jika dari pihak pakatan rakyat jika meraka nak dengar.mungkin sebab itu timbul ana dikait dengan btn.
ana pernah bertugas sebagai imam di KLIA satu ketika dulu
Tugas ana untuk dakwah biar umat tidak bertelagah kerana politik dan politik boleh dijadi alat kuatkan agma bukan untuk cari makan dunia sahajo.Seperti kata 'berkata benar biar pun pahit'.
Diharap penjelasan ini boleh lah menutup kekeliruan hok timbul.Nama Zulnun tidak diguna oleh ana seorang.Ramai juga ppakai nama yang sama berdasar di facebok menurut penglihatan ana nampak..masa ana cari di direktori btn tidak ada nama zulnun di sana.
Ana minta blogger panglima perang cyber ni boleh siar apa ana tulis.
yang benar,
Muhamad Zulnun Abdul Rahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.