Pages

30 April 2013

Kenapa Rakyat Pokok Sena Perlu Tolak Mahfuz Omar (SPM) Pilih Shahlan #PRU13 - Sebarkan

Hari ini Mahfuz Omar ditulis Harakahdaily membantah bila pegawai PM menjadi calon. Beliau cuba reka cerita bahawa calon ini tidak mendapat sokongan dari akar umbi.

Soalnya kenapa beliau bising jika benar beliau yakin akan menang ?

Rugi benar jika calon BN Pokok Sena tidak dipilih.

Dengan jawatan beliau sebelum ini sebagai Setpol PM maka sudah tentu beliau calon terbaik dihantar oleh PM untuk berkhidmat menjadi wakil beliau di Pokok Sena.

Seingat panglima, sepanjang mengenali beliau ialah seorang yang rasional dan kuat pegangan Islamnya selain mengutamakan budaya ilmu serta kuat bekerja tanpa kenal penat serta mudah dibawa berbincang.

Sungguh rugi jika calon ini ditolak dan lagi rugi jika satu parlimen jatuh ke tangan PR yang hanya menampilkan calon lulusan SPM sebagai wakil mereka.

Lihat tempat lain kita akan dapati calon pembangkang calon tangkap muat yang hanya bekerja sebagai posmen, jurugambar, dan tiada kelulusan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kerana itu banyak masalah berlaku dan menyebabkan banyak perkara terencat.

Bukan mahu mengata namun jika dilihat tokoh yang dilantik menjadi MB Selangor juga bukan orang yang bijak dari segi pentadbirannya sehingga gagal menyelesaikan masalah air serta menghalang loji baru dibina di Kuala Langat.

Setakat ini hanya BN sahaja yang mempunyai pencapaian berjaya membangunkan negara tanpa meminggirkan agama. Walaupun kita akui BN juga tidak sempurna.

Hanya BN kita yakini dan marilah kita merayu agar tidak ada undi kecuali kepada BN demi menghapuskan penipuan pakatan. Antara dua BN jauh lebih baik untuk diyakini rakyat keseluruhannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.