Pages

01 Mei 2013

10 Video Terbaik Kempen #PRU13 oleh PM @NajibRazak - Sebarkan

Bila orang bercakap mengenai dasar-dasar kerajaan, mereka sering menyebut jumlah-jumlah yang besar serta konsep-konsep yang abstrak. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah bagaimana dasar-dasar itu menyentuh kehidupan dan memberi kesan kepada rakyat. Cuba dengarkan kisah-kisah peribadi individu-individu ini dan amati apa yang mereka katakan.

Puan Rita Hashim Bersuara

Sehingga hari ini, BR1M telah membantu lebih 5.2 juta isi rumah seperti Puan Rita Hashim bagi mengurangkan kos sara hidup. Inisiatif ini dicetus oleh kerajaan sebagai batu loncatan agar kita dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sokongan anda amat penting untuk melanjutkan program-program bermanfaat kepada rakyat seperti BR1M.


 

Suara Kadir (SMC)

Kadir merupakan salah seorang daripada pelajar yang diberikan peluang oleh kerajaan untuk membina masa depan yang cerah melalui program-program bantuan pengajian yang telah disediakan. Tunaikan hak anda untuk mengundi bagi memastikan peluang-peluang begini akan dapat terus dinikmati.

Cerita Ahmad Omar

Program e-Kasih terus menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan termasuk memberi latihan dan menyediakan peralatan agar mereka dapat berdikari seperti Encik Ahmad Omar. Usaha ini hanya dapat diteruskan dan dikembangkan lagi dengan keyakinan anda terhadap kerajaan Malaysia ini.

Paralimpik Bertaraf Dunia Bersuara

Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur, setiap rakyat Malaysia termasuk Encik Mariappan tidak akan dipinggirkan malah akan terus diberi peluang untuk memaksimumkan kebolehan mereka. Sebab itulah kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk membina Kompleks Sukan khusus di Kampung Pandan bagi melahirkan lebih ramai atlit Paralimpik bertaraf dunia seperti Mariappan.

Suara Encik Tee Kok Leong

Encik Tee Kok Leong dan isterinya mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan serta inisiatif kerajaan dalam membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Usaha itu diteruskan menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi mengarus perdana golongan OKU ke dalam masyarakat supaya mereka boleh berdikari, produktif dan menjadi penyumbang yang dihargai dalam pembangunan.

Sabah Bersuara

Sebanyak RM400 juta disediakan tahun ini untuk program 1Azam dalam usaha untuk membasmi kemiskinan sekali gus mengubah nasib rakyat Malaysia seperti Jonathan Tom. Banyak program seperti 1Azam akan dilancarkan di masa hadapan, jika anda terus memberi peluang dan kepercayaan anda kepada kerajaan.

Suara Encik Abdul Jalil

Klinik Bergerak 1Malaysia datang menghulurkan bantuan dan mengubati mereka yang tidak berupaya mendapatkan rawatan sendiri seperti Encik Abdul Jalil di seluruh Malaysia. Program ini merupakan salah satu inisiatif inovasi untuk membantu menjamin kesihatan semua rakyat Malaysia tidak kira di bandar ataupun kawasan luar bandar. Semua ini tidak akan termakbul tanpa kepercayaan anda kepada kerajaan.

Puan Amy Koh (Melaka) Bersuara

Puan Amy Koh amat menyayangi Malaysia dan mahukan negara kekal aman dan harmoni. Sertai beliau dalam menjalankan hak dan tanggungjawab untuk mengundi pada Ahad 5 Mei ini, demi masa depan anda.

Puan Rozita Bersuara

Sehingga hari ini, sebanyak 85 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka di seluruh Malaysia, terutama di kawasan kos tinggi. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah seperti Puan Rozita dengan menjual barangan keperluan harian dengan harga sehingga 40% lebih murah berbanding harga biasa.

Bersuara Siti

Mengundi adalah tanggungjawab serta hak kita sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah amalan demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak kita mengecapi kemerdekaan. Untuk itu, keluarlah mengundi kerana masa depan negara terletak di tangan kita semua.
http://www.1malaysia.com.my/blog/bersuara/


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.