Berita Harian | Penggunaan gari ikut SOP
Kuala Lumpur: Polis menegaskan penggunaan gari adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dikenakan terhadap mana-mana tahanan kecuali pesalah juvana.
Justeru, penggunaan gari ke atas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 24, ketika ditahan di Bangsar Utama di sini, Sabtu lalu, tidak sepatutnya dijadikan isu politik.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan turut menafikan gambar pelajar itu dalam keadaan bergari yang tersebar dalam media sosial, khususnya Facebook dirakam di Lokap Pusat Kuala Lumpur, Jinjang di sini.
"Setiap tahanan digari apabila dibawa keluar dari lokap atas faktor keselamatan, kecuali pesalah juvana. Ini prosedur kita, malah pelajar itu juga tidak terkecuali," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau mengulas penyebaran gambar Adam Adli dalam keadaan bergari di internet, selain tindakan pihak tertentu mempertikaikan penahanannya.
Zakaria menganggap tindakan menyebarkan gambar itu sebagai berniat jahat untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan nama baik pasukan polis.
"Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan penyebaran gambar itu atau membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan pelajar terbabit," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenggunaangariikutSOP/Article/index_htmlJusteru, penggunaan gari ke atas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 24, ketika ditahan di Bangsar Utama di sini, Sabtu lalu, tidak sepatutnya dijadikan isu politik.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan turut menafikan gambar pelajar itu dalam keadaan bergari yang tersebar dalam media sosial, khususnya Facebook dirakam di Lokap Pusat Kuala Lumpur, Jinjang di sini.
"Setiap tahanan digari apabila dibawa keluar dari lokap atas faktor keselamatan, kecuali pesalah juvana. Ini prosedur kita, malah pelajar itu juga tidak terkecuali," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau mengulas penyebaran gambar Adam Adli dalam keadaan bergari di internet, selain tindakan pihak tertentu mempertikaikan penahanannya.
Zakaria menganggap tindakan menyebarkan gambar itu sebagai berniat jahat untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan nama baik pasukan polis.
"Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan penyebaran gambar itu atau membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan pelajar terbabit," katanya.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.