Salam 1Malaysia,
Hari ini merupakan sambutan Hari Wesak dan ia adalah hari terpenting buat rakan-rakan kita yang menganut agama Buddha.
Setiap pagi pada Hari Wesak, para penganut Buddha akan ke kuil bagi menghadiri upacara keagamaan mereka. Saya gembira kerana negara kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan agama mampu meraikan pelbagai perayaan dalam suasana penuh aman dan harmoni.
Untuk itu, semangat perpaduan kaum di negara kita ini harus dikekalkan dan ia memerlukan komitmen daripada setiap rakyat di negara ini. Kita perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan keharmonian kaum di negara kita ini terus berkekalan.
Akhir sekali, raikanlah perayaan Hari Wesak ini dalam semangat perpaduan dan hormat-menghormati seperti yang diajar oleh agama yang kita anuti. Selamat Hari Wesak saya ucapkan kepada penganut agama Buddha di Malaysia.
Najib Razak
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.