Pages

05 Mei 2013

The Kuda Trojan: HISHAMUDDIN RAIS BAPAK SOSIALIS AKAN KETUAI GERAKAN KEBANGKITAN RAKYAT HARI INI !!!

Semalam rakan panglima ada siarkan maklumat ini :


GEMPAR!!!!!

Hishamuddin Rais dikatakan akan mengetuai Bersih 4.0 aka Perhimpunan 505 yang dinamakan sebagai Gerakan Kebangkitan Rakyat bermula selepas proses pengundian dijangka selesai petang esok.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan bermula selepas tamat pembuangan undi 5/5/2013 jam 1830. Peserta 505 akan berhimpun di setiap pusat penjumlahan negeri masing-masing di seluruh negara.

Gerakan Propaganda akan dimulakan dengan menyebarkan berita-berita yang mampu menbangkitkan kemarahan dikalangan penyokong dan Ahli Pakatan Rakyat. Penyebaran Propaganda akan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media elektronik dan media cetak (Risalah).

Kemuncak Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 505 akan diadakan pada 6/5/2013 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Kerajaan Selangor telah mengumumkan cuti peristiwa pada tarikh tersebut untuk memudahkan mobilisasi penyokong.

Kehadiran dianggarkan 50,000 orang dimana mereka akan dipecah-pecahkan mengikut kumpulan kecil.

Sumber nyatakan pergerakan rakyat akan bermula dari luar Putrajaya dan berarak ke arah PMO (belum dimuktamadkan).

Sumber 2 nyatakan bahawa jentera PAS Serdang dan Cempaka akan bergerak menuju ke Putrajaya pada tengah hari esok, untuk melakukan roadblock untuk menghalang kononnya daripada dokumen dibawa keluar. Tempat perkumpulan adalah di masjid Putra.

Penyokong akan dikerahkan ke Putrajaya dan matlamat akhir di Bangunan PMO.

Matlamat perkumpulan adalah :-

● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.

Sumber nyatakan situasi esok, lebih kepada perkara yang kedua.
Sumber 1 minta diambil tindakan segera terhadap senarai bilik gerakan yang telah diberi dengan tumpuan khusus kepada pusat propaganda di : No 3-4, Jalan Bangsar Utama 3 Off Jalan Bangsar, KL.

Satu lagi perancangan puak bangsat yg menyusahkan orang. Hati-hati esok. Semua rakyat harus berwaspada!!!


http://thekudatrojan.blogspot.com/2013/05/lagi-gempar-hishamuddin-rais-bapak.html


Harap semua waspada...Tangkap siapa cuba buat huru-hara...


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.