Panglima : keadilan berjalan dengan baik di mana yang bersalah akan dikenakan hukuman walau anggota keselamatan.
Harap jangan dilepaskan sesiapa pun termasuk pembangkang dari tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan.
Lebih penting masa perlu disegerakan akan ia tidak menjadi bahan cercaan pembangkang di Malaysia.
Polis terlibat kematian Dhamenderen dituduh bunuh di mahkamah petang ini
PUTRAJAYA 5 Jun - Anggota polis yang terlibat dalam kes kematian tahanan, N. Dhamenderen akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya berkata, kertas siasatan pasukan petugas kes tersebut yang diserahkan kepada pihaknya semalam mendapati punca kematian tahanan itu sebagai 'diffused soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma'.
Mendiang yang berusia 31 tahun meninggal dunia pada 21 Mei 2013 semasa dalam jagaan polis di Lokap Cawangan D9 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur). - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.