Pages

24 Julai 2013

BERSAMA MAZIDUL: PENGADU TIDAK MUNCUL TATKALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II @PKamalanathan HADIR DI SRK SRI PRISTANA

PENGADU TIDAK MUNCUL TATKALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II HADIR DI SRK SRI PRISTANA

Fakta mengenai isu ruang makan pelajar SRK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.

1. TIADA tandas di dalam bilik persalinan diubahsuai menjadi ruang rehat dan makan.

2.  Ruang itu digunakan oleh semua pelajar TANPA mengira bangsa dan agama. Maksudnya, sebelum Ramadan, ruang sama digunakan oleh pelajar beragama Islam sejak Mac 2013 (bukan kerana bulan puasa).

3. Kerja pengubahsuaian kantin sekolah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di antara 17 dan 23 Julai 2013. Bermula hari ini, kantin sekolah dibuka semula. 



4. Berikutan kekangan keluasan kantin, bilik persalinan dibersihkan itu dinaiktaraf untuk dijadikan tempat makan. Hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 untuk membina atap tambahan di kantin sekolah.

5.  Kamalanathan berkata kepada wartawan, isu ruang makan, TIADA  kaitan dengan agama dan bangsa.

6. Ayah kepada pelajar India memuatnaikkan gambar ruang makan (didakwa TANDAS)  di Facebook  itu didapati tidak muncul sewaktu Kamalanathan melawat sekolah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Dia juga tidak kelihatan sewaktu sidang media diadakan bersama wartawan pelbagai agensi berita.

Hairan.

Sepatutnya dia datang untuk mengemukakan aduan terus  kepada Kamalanathan dan pastinya menjadi tumpuan wakil media pembangkang.

7. Anak lelaki sama, baru dipindahkan dari SRK Bukit Darah ke SRK Sri Pristana sejak seminggu lalu. 

8. 96 daripada 98  tenaga pengajar SRK Sri Pristana berbangsa Melayu. 23 pelajar India, 3 Cina dan selebihnya Melayu. 

"Kantin sekolah hanya boleh menampung di antaa 500 dan 600 pelajar sahaja kerana itu bilik persalinan dinaiktaraf untuk digunakan oleh pelajar sejak lebih 3 bulan lalu. Guru Besar telah memohon maaf kerana memilih ruang kurang sesuai. Saya juga memohon maaf," ujar Timbalan Menteri terbabit.

Sepenuhnya di :
Sent from my iPhone

6 ulasan:

  1. isu ini sudah menjadi isu hasutan memburuk-burukkan agama islam. Laporan polis mesti dibuat kepada pengadu kerana mengaitkan diskriminasi bangsa melayu terhadap bangsa india. Dan menghina Agama Islam yang melayan agama lain dengan buruk.

    BalasPadam
  2. Pemfitnah bukan pengadu !

    BalasPadam
  3. Wajib saman pengadu tu, memalukan semua guru dan sekolah., seba tu ramai cigu benci dgn kerajaan..macam macam dasar di buat, ubah, pjnda, setaip komplen ibu bapa terus d ambil tindakan , sebenar niat guru semua baik tp kerap dgn tomahan ...sama lah dgn Polis..buat apa pun tak pernah di puja puji..wpun meka tak mengharapkan..

    BalasPadam
  4. PEMFITNAH MEMANG LAH SUKA BUAT KERJA MACAM TU TAPI ...TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN BUATLAH HOMEWORK SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN......DAH TU SAMPAI NAK CARI SIAPA PEGAWAI YG MEMBENARKAN MAKAN DIDALAM BILIK PERSALINAN TU....

    JANGAN LAH NAK CARI SALAH JE LAIN KALI JANGAN MALUKAN KEMENTERIAN....

    BalasPadam
  5. The Star, akhbar yang rasis tu, tak tahan tengok headline dia harini. Tengok samada besok keluar berita yang sebenar. The Star kena minta maaf kerana tidak buat homework sebelum menyiarkan berita.

    BalasPadam
  6. Unsur2 fitnah nie mmg la MOTIF UTAMA dlm isu nie sbb maklumat pun drp blog pembangkang AmenoWorld yg terkenal dgn fitnah. Sepatutnya Kamalanathan menegur sikap ibu bapa yg mengaitkan isu ini dgn Melayu dan agama Islam sbb yg menimbulkan suasana tegang nie pun dikalangan kaum dia jugak. Didik la mereka2 yg rasis ini dgn bijak sebab dia wakil drp kementerian pendidikan...seharusnya tidak berpihak kepada sapa2 dan lebih mengutamakan maruah guru2 yg tak pasal2 menjadi busuk...

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.