Pages

16 Julai 2013

Budiman : Rumah Urut Diutamakan Di Selangor Berbanding Rumah Kos Rendah



KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata kepesatan rumah-rumah urut dan judi sebenarnya amat menakutkan dan perlu tindakan segera memandangkan perkara itu semakin menjalar di kawasan luar bandar.

"Contohnya apa yang berlaku di kawasan Selangor utara dari Kuala Selangor ke Sungai Air Tawar Sabak Bernam, saya lihat pertambahan rumah urut dan judi ini benar-benar memeranjatkan terutama mereka yang berada di kampung," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.