BESUT 21 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi mengumumkan akan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO dalam
pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, keputusan tersebut telah dijelaskan sebelum ini dan menerima
secara terbuka sekiranya ada pihak mahu merebut jawatan tersebut.
"Saya sudah buat keputusan dengan jelas, saya mahu pertahankan jawatan yang
saya sandang sekarang.
"Saya tidak ada pelan yang lebih besar. Saya menahan diri daripada naik ke
atas atau turun ke bawah, saya sangat terbuka dan mereka yang mempunyai
kelayakan untuk bertanding, silakan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga miskin di
sekitar Kampung Gong Nering, dekat sini hari ini.
Beliau berada di sini dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga penyandang jawatan tersebut belum membuat sebarang kenyataan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130722/po_01/Zahid-pertahan-jawatan-Naib-Presiden-UMNO#ixzz2Zk1ptHDF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.