Pages

11 Julai 2013

mStar Online : Bekas Tahanan EO (Ordinan Darurat) Paling Ramai Ditangkap Lakukan Jenayah - Ahmad @Zahid_Hamidi

"Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR - Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen, Rabu.

Azmin bertanya sama ada kenyataan oleh Kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah telah meningkat telah digunakan sebagai asas untuk mempertimbangkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat yang dimansuhkan.

Ahli Parlimen pembangkang itu juga bertanya mengapa Kerajaan berkata jenayah yang semakin meningkat hanyalah persepsi awam tetapi mengubah pendirian selepas rumah menteri dipecah masuk.

Ahmad Zahid berkata semua jenayah mesti diperangi, sama ada yang melibatkan menteri atau rakyat biasa.

"EO telah dimansuhkan tetapi jika kita menggantikannya dengan undang-undang baru, kita meminta semua pihak bersetuju dengannya," kata beliau.

Beliau menambah, penjenayah adalah "buta warna" apabila melakukan kesalahan dan tidak membezakan antara negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Dilaporkan bahawa kerajaan telah memikirkan pengenalan undang-undang baru untuk mengurangkan kadar jenayah.

EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Mengenai usaha untuk membendung jenayah, Ahmad Zahid berkata, polis sedang berusaha menubuhkan satu talian hotline 911 terus ke Bukit Aman untuk membolehkan orang ramai melaporkan jenayah dengan segera.

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/10/mstar_berita/20130710142748&sec=mstar_berita


    Sent from my iPhone

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

    Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

    Tapisan tidak dibuat di blog ini.

    Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.