Pandangan ini wajar diteliti dan dihayati oleh semua kaum di Malaysia agar jangan menelan hasutan sehingga menjejaskan perpaduan dan keamanan negara kita.
Pembangkang Digesa Henti Peralat Emosi Rakyat – Razali
KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pembangkang agar tidak terus-menerus memperalat emosi rakyat dalam permainan politik mereka kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak baik untuk negara.
Menurut beliau tindak-tanduk seumpama itu adalah sesuatu yang amat merbahaya dan jangan sesekali berterusan memperalatkan apa yang berlaku demi kepentingan mana-mana pihak.
"Banyak contoh dalam dunia, konflik pergaduhan berlaku atas perkara seumpama ini.Ada tiga sebab ….pertamanya berebut wilayah, keduanya suku kaum dan ketiganya perbezaan agama. Di banyak tempat berlaku kerana ketiga-tiga sebab di atas dan ketiga-tiga di atas ada di Malaysia.
"Kita boleh hidup aman, sejahtera dan membangunkan negara sebabnya kita jaga ketiga-tiga perkara berkenaan. Malangnya hari ini perkara itu telah dipolitikkan dan ianya berbahaya kepada kedudukan negara kita sebab ketiga-tiga punca yang biasa berlaku mana-mana tempat di dunia ada di negara kita hari ini.
"Kita ada pelbagai kaum etnik dan kita ada juga pelbagai agama. Jadi apa yang dibuat oleh pembangkang untuk menyelesaikan isu yang berbangkit di Melaka (Jonker Walk) contohnya adalah tidak betul," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata tindak tanduk sedemikian perlu dihentikan demi pembinaan sebuah negara bangsa yang cemerlang dan berjaya.
"Kita dah cakap banyak kali dah. Kes kematian Teo Beng Hock contohnya masih dibangkitkan lagi pada pilihan raya umum yang lalu di kawasan saya. Rakyat masih diberikan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan seolah-olah tidak wujud keadilan sedangkan kerajaan telah mengambil segala yang perlu.
"Perkara itu tidak seharusnya berlaku. Jangan menghukum dan menggunakan rakyat. Perasaan marah seumpama itu amat merbahaya," katanya.
Sent from my iPad

Tiada ulasan:
Catat Ulasan