Semalam tidak nampak kelibat Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang juga tidak hadir.
Semalam ceramah ketua pemuda dua parti tersebut juga tidak hadir.
Azmin Ali juga sudah mula menyerang kelayakan calon PAS yang rendak kelulusan akademiknya. Nampak PAS akan keseorangan tanpa bantuan DAP PKR di sini yang juga tidak menjadi tempat yang boleh dimenangi oleh PAS.
Adakah ini kerana perlantikan Husam Musa oleh Hj Hadi demi menguburkan kerjaya politik bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan tersebut ???
Baca laporan media massa di bawah :
KUALA BESUT 12 Julai - Ketika pakatan pembangkang mencanangkan kesepakatan untuk memberi tentangan sengit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kelesuan majlis pelancaran jentera Pemudanya malam tadi memberi gambaran sebaliknya.
Malah, majlis yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan di Kampung Nail itu hanya dihadiri pemimpin daripada parti itu tanpa kehadiran rakan-rakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Kira-kira 300 orang menghadirinya, kebanyakannya adalah golongan yang telah berusia, tanpa banyak kelibat golongan muda dan suasana itu menimbulkan tanda tanya.
Majlis itu juga dihadiri Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan beberapa Exco Pemuda Pas Pusat.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Nasrudin hanya menyampaikan salam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin dan memaklumkan keuzuran Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.
Nasrudin berjanji untuk memastikan jentera Pemuda pakatan pembangkang bekerja keras untuk membantu kemenangan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof pada PRK yang bakal berlangsung.
"Kita bukan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi kita belum menang, kalah adalah angkat tangan dan serah diri tetapi kita masih meneruskan perjuangan untuk mencapai kemenangan, jadi kita pemuda pakatan pembangkang akan turun berjuang habis-habisan untuk mencapai kemenangan," katanya.
Tambahnya, PRK tersebut amat penting bagi membawa perubahan kepada landskap politik Terengganu dan Pusat.
Katanya, majoriti undi popular yang diperoleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu akan memberikan kesan kepada pilihan raya kecil tersebut.
"Saya percaya inilah satu medan yang sengit bagi kedua-dua parti yang bertanding namun saya yakin kita akan mencatatkan kemenangan dan membawa perubahan yang besar di negeri ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.