Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Julai 2013

PM @Najib_Razak umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam

najib70xx-okDatuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di ibu negara, Rabu.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara guna membantu meringankan beban kewangan sebagai persiapan hari raya.-24/7/2013


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/najib-umum-bayaran-bantuan-khas-kewangan-rm500-kepada-penjawat-awam.html


Sent from my iPhone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib ni kerjanya asik nak gula gulakan rakyat ... performance tak seberapa ...

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik diberi makan gula-gula dari diberi harapan palsu dan dusta...habis basah kena air liur jer

Tanpa Nama berkata...

kesian penjawat awam. RM500 tu sama nilai dengan kerongsang rosmah je.Lebih kesian pd kumpulan sokongan yang gaji cukup2 makan, duduk lembah klang plak tu. Apa boleh buat, pilihanraya lg 5 tahun.

Tanpa Nama berkata...

apsal kalut ni. dapat 500 pun kira ok apa. kalau mintak kat kau, belum tentu dapat. penjawat awam dapat 500 ko kesian, kerja swasta dapat apa? dapat asap ada la. sebenarnya ko ni jeles tak bertempat, ke ko ni penjawat awam juga tapi tak puas ati najib umum bagi 500. dah ko sokong pembangkang, layaknya ko dapat 5 ringgit je, bukan apa, selalu culas kerja, lebihkan politik berbanding tugas...

Cari Blog Ini

Translate