Pages

13 Julai 2013

Video Bai'ah Sumpah Calon PAS #PRKKUALABESUT Dengan Haji Hadi Awang Atas Pentas - Kerana Bekas Ahli Umno ???


Video oleh Blogger Din Turtle 


"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. 

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.




Calon PAS Che Long adalah bekas ahli UMNO. Nampak PAS tidak percaya dengan kesetiaan beliau sehingga terpaksa membuat Baiah untuk mengikatnya. Lebih teruk dari itu ia dilakukan di khalayak ramai, dengan disaksi dan dirakam videonya. Apakah yang mahu disampaikan berhubung tindakan ini ? 

Adakah kerana Azlan juga rakan rapat Husam Musa lalu ia mahu dijadikan tamparan hebat kepadanya ? 

Perlantikan Husam Musa juga dilihat salah satu cara Hj Hadi mahu memadamkan terus pengaruh Husam dan tidak mustahil demi mengangkat imej Husam maka berjuta wang akan turun ke bumi Kuala Besut menjelang hari pengundian.

Patutlah semalam muka Che Long begitu pucat gara-gara telah bersumpah yang dibuat untuk memastikan beliau tidak melompat sedangkan kita tahu sesiapa pun tidak boleh dipaksa jika sudah melihat partinya jauh menyimpang dari jalan dan perintah Allah Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.