Pages

02 Ogos 2013

Jenayah Tembak : Salah Pembangkang Tuntut ISA, Ordinan Darurat Dimansuhkan !

Kejadian tembak dan bunuh yang terlalu kerap berlaku kebelakangan ini memang berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan rakyat.  Oleh itu, ini bukanlah merupakan keadaan yang  luarbiasa apabila rakyat mula mencari salah siapa sehingga menyumbang kepada keganasan ala mafia ini.

 

Rakyat ditindas dan penjenayah dibela  antara lagu yang cukup kuat dimainkan.  Pembangkang terutamanya DAP telah mengalunkan lagu yang cukup jelas selama ini dalam menuntut  kononnya pembelaan terhadap penjenayah.  Kematian para penjenayah telah mereka perbesarkan ke tahap maksimum.

 

Bagi rakyat yang waras, sepatutnya mereka telah dapat membaca rentak perjuangan pembangkang.  Kematian Kugan dan Teoh Beng Hock menjadi tangisan DAP, PKR dan PAS. Bagaimana pula dengan kematian mangsa tembakan pembunuh upahan? Adakah DAP, PAS dan PKR akan menuntut pembelaan terhadap mangsa kekejaman penjenayah-penjenayah pembunuh upahan ini.

 

Tindakan pembangkang yang menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 dan lain-lain yang mampu menjaga keselamatan rakyat dan negara merupakan bukti sahih dan nyata pembangkang menindas rakyat.

 

Dengan siri tuntutan dan asakan tanpa henti pihak pembangkang telah memaksa kerajaan menurut kemahuan pembangkang sehinggakan keselamatan rakyat telah dikompromi. Kerajaan telah sedar akan tipu muslihat pembangkang yang membawa kesengsaraan dan menggugat keamanan negara.

 

Kami rakyat menuntut kerajaan mewujudkan semula undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969 ini dengan kadar segera. Ini sudah sampai ke fasa kritikal untuk dilaksanakan. Kami rakyat Malaysia juga menuntut kerajaan agar tidak lagi berkompromi dengan sebarang tuntutan dari pembangkang yang kesemuanya tidak munasabah dan memudaratkan rakyat dan Negara.

 

Hanya dengan kewujudan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969  sahaja yang membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat. Ianya bukan untuk menindas masyarakat ataupun menganiayai mereka, tetapi bertujuan dalam mengawal cengkaman penjenayah.

 

Terdapat 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ini berikutan dengan pembebasan  2,473 tahanan EO  pada Julai tahun lepas.

 

Kekerapan jenayah tembak yang dilakukan oleh pembunuh upahan tidak dapat diterima oleh rakyat. Pembunuhan Hussain Ahmad berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim juga telah ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.

 

Selepas semua jenayah ganas yang kerap berlaku berlaku kebelakangan ini akibat dari pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969 , pembangkang cuba menyalahkan kerajaan pula. Sikap baling batu sembunyi tangan ini memang amat kita faham wujud secara kental dalam jiwa pembangkang.

Ini antara senarai kes tembak yang berlaku dalam masa terdekat

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871

http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708

http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629

Sumber :


Sent from my iPhone

3 ulasan:

  1. Singapura tak pun hapus ISA....silap kita jugak dok layan jenis ayam tak berapa segar...spatutnya mreka 2 d ISA kan dulu2 lgi.

    BalasPadam
  2. Salah 'Pembangkang'? Salahkan dulu menteri yg setuju dgn tuntutan tu! Akai tak ada menteri tu! Siap promo kat dunia yg dia berani buat tindakan tu! Piirah! Dari awal lagi dah flip flop!

    BalasPadam
  3. Jangan salahkan pembangkang kerana ISA dan EO dimansuhkan!

    Nama pun pembangkang, tentulah kerjanya membangkang apa sahaja!

    Itu pemimpin yang cerdik pandai, telus, 'dare to be diffirent' pergi ikut kehendak mereka apa pasal. Tidak ada otak ke?

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.