YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
20 Ogos 2013
Pelampau punca Mesir bergolak - 50 Gereja Dibakar
Pelampau punca Mesir bergolak
KAHERAH 17 Ogos - Mesir disifatkan sedang berdepan perang yang dicetuskan kumpulan pelampau dan kerajaan akan menggunakan pendekatan keselamatan bagi mengekang usaha kumpulan tersebut yang mahu mengucar-ngacirkan negara, kata penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy.
Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen rasmi kerajaan, Egypt State TV, Mostafa yang mewakili Presiden sementara, Adly Mansour berkata, apa yang berlaku di Mesir kini bukanlah satu perbalahan dalam negara, sebaliknya berpunca daripada tindakan keganasan.
"Anggota pasukan keselamatan diserang, diseksa dan dibunuh. Itulah realiti yang berlaku di Mesir ketika ini," katanya.
Jelas beliau lagi, penduduk Mesir mengadakan bantahan besar-besaran pada 30 Jun lalu iaitu beberapa hari sebelum penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi, adalah untuk menyatakan protes terhadap golongan berfahaman teologi dan fasis agama.
Katanya, demonstrasi itu dilaksanakan kerana rakyat merasakan hak asas mereka dinafikan selain pendekatan melampau yang digunapakai ketika pemerintahan Mursi.
Mostafa dalam pada itu terus mempertahankan tindakan kekerasan anggota keselamatan yang disifatkan telus kerana ia berlaku di hadapan kamera dan berperikemanusiaan.
Beliau turut melahirkan kekesalan di atas laporan berat sebelah media-media asing yang tidak melaporkan keadaan sebenar di Mesir antaranya insiden 50 buah gereja yang didakwa dibakar oleh pengikut pro-Mursi. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130818/lu_02/Pelampau-punca-Mesir-bergolak#ixzz2cVi7Z7Xg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Seronok sangat nak berdemo dan merusuh kununnya kerana hak asasi dan demokrasi. Akhirnya negara sendiri yang musnah...lantak hangpalah Mesir oi.
Syukur Malaysiaku masih disayangi Allah swt meskipun puak-puak fuckatan cuba memporak perandakanya.
Catat Ulasan