Pages

21 Ogos 2013

UMNO Online - Peminjam Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS - @KhairyKj

Peminjam Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS

PETALING JAYA, 21 Ogos -  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara orang muda'.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," katanya melalui 'tweet'.

Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka. -Sumber mstar

http://www.umno-online.my/?p=90728&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29


Panglima : Sebenarnya bayaran PTPTN paling minima RM50 ringgit sahaja sebulan.

Jangan ada malas bayar hutang. 

Begitu juga jangan kita menyusahkan rakyat dengan perkara yang menyusahkan.

Kerana ia wang wajib dibayar kembali. 

Roh berhutang diharam naik ke langit. 

Cuma sepatutnya Muhyiddin Yassin atau Idris Jusoh yang membuat pengumuman tersebut.

Kerana mereka yang bertanggungjawab menjelaskan hal berkaitan PTPTN.

Nampak sedikit kegelojohan di sini.

Mungkin sebab baru jadi Menteri kot.

Harap jangan berulang.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.