Pages

05 September 2013

Filem Tanda Putera Gagal Digagalkan Pihak Tertentu - Mari Menontonnya Di Pawagam


Tak henti-henti Tanda Putera dihina, dikutuk dan diperlecehkan oleh media-media perdana dan alternatif. 

Malay Mail siarkan gambar orang kelar poster Tanda Putera
Semua nak cari salah sampai katanya kurang keterampilan orang India dalam filem tu. Eh karater Kara tu bukan ke orang India Punjabi. Inspektor Kulasingam yang terbunuh itu bukan ke India?

Dah tak dapat kesan tuduhianya rasis setelah kaum Cin ayang lihat kata ianya tak ada apa-apa, mereka pula timbulkan isu jualan rendah. Alahai ... filem lain ada sampai tak sampai 10 orang satu panggung. 


The Star angle kan gambar supaya nampak kosong. Macam kita tak tahu.... Baca Helen AngSINISINI, dan SINI tentang sabotaj media Cina. Rasanya Helen pasti sudah tonton dan yakin ianya tak ada apa-apa dan seimbang.

Berikut kenyataan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang masih gigih dengan filem karyanya;




Prestasi tayangan filem TANDA PUTERA pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan. Beberapa Tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan ‘standing ovation’ atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.

Ini adalah maklumbalas yang amat dialu-alukan dan berlainan dengan laporan oleh media tertentu, lengkap dengan gambar menunjukkan panggung  yang hanya mempunyai 30 orang penonton  waktu tayangan tengah hari di sebuah pawagam di Pulau Pinang, pada hari kerja.

Kami kurang pasti mengapa ini di gembar gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood.  Membaca berita ini, seorang kawan menceritakan bagaimana dia dan suami pernah menonton filem James Bond, “Skyfall” di hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja dalam panggung di Kompleks beli-belah yang terletak di Kelana Jaya itu! Manakala seorang lagi membawa anak perempuan dan rakan-rakannya menonton filem terbaru, "One Direction- This is us" di Kompleks beli-belah di Bandar Utama pada Isnin lalu dan mendapati hanya 9 orang dalam panggung itu! Mengapa tiada gembar gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk atas filem Tanda Putera?

Dan paling memualkan, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri foto stil daripada Facebook Tanda Putera dan mendakwa apa yang terdapat dalam foto stil itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem ini. Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem.  Paling mengecewakan, fitnah ini turut dimasukkan, tanpa selidik, oleh sebuah stesen TV swasta dalam buletin beritanya yang antara lain menyatakan harapan “ia memberi suatu pengajaran kepada pembikin filem supaya tidak mengulangi kesilapan teknikal sebegitu pada masa depan”.  Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Multimedia dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.

Namun, walaupun menerima hentaman dan sindiran oleh beberapa pihak termasuk beberapa Pemimpin Politik, yang cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem ini dan pengarahnya,  kami  sangat bersyukur kutipan filem TANDA PUTERA boleh dikatakan baik, terutama bagi sebuah filem bergenre sejarah.

Kepada pembenci filem ini yang melabelkan nya filem UMNO, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli UMNO seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit !

Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat. Yang lebih penting dan kami hargai adalah sokong kuat yang kami terima. Permintaan bagi **tayangan khas oleh syarikat/orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan.

Kami amat berterima kasih dan menghargai semua pihak, terutama sekali rakan Facebook Tanda Putera serta penonton yang telah menzahirkan sokongan mereka kepada filem ini, malah telah turut menonton filem ini lebih dari sekali bersama kaum keluarga. Kepada mereka yang masih belum menonton, kami harap dapat meluangkan masa menonton Tanda Putera sebelum berakhir tayangannya di pawagam kelak.


DP Shuhaimi Baba
Penerbit/ Pengarah Tanda Putera/ Pesona Pictures Sdn Bhd
3 September 2013

** Bagi tempahan tayangan khas di lokasi pilihan, sila hubungi  talian 03-7728 2427.
dari blog http://theunspinners.blogspot.com/2013/09/sabotaj-ahli-politik-dan-media-cina.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.