Pages

22 September 2013

Mohon Sebar - Inilah Strategi & Tokoh Amerika Untuk Hancurkan Mesir seperti Iraq | ISMAWeb

usa1
Perlantikan pengurus skuad pembunuhan Robert Ford sebagai Duta A.S ke Mesir baru-baru ini adalah petanda jelas hakikat ini.

Perlantikan Ford memberi mesej jelas: Penggubal polisi A.S mahu memusnahkan Mesir dengan cara yang sama mereka telah musnahkan Iraq dan Syria- dengan menggunakan skuad pembunuh dan penyamar-pengganas bagi memulakan perang saudara.

Menurut professor dalam bidang Global Studies, Michel Chossudovsky, Robert Ford bersama dengan penjenayah perang yang berbahaya John Negroponte untuk melaksanakan 'Salvador Option' di Iraq pada 2004. Chossudovsky mencatatkan : Salvador Option ialah model teroris pembunuhan beramai-ramai oleh skuad pembunuh yang ditaja A.S. Strategi ini pertama kali dilaksanakan di El Salvador (oleh Negroponte) sewaktu penentangan terhadap pemerintahan diktator ketenteraan yang telah mengakibatkan kematian seramai 75000 orang.

Pada hari ini, Mesir sama seperti El Salvador pada tahun 1980-an, menghadapi penentangan terhadap pemerintahan diktator ketenteraan. Dan pemerintahan diktator tentera Mesir, (mirip junta El Salvador 1980an) telah pun melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap semua aktivis demonstrasi. Adakah Robert Ford, seorang pakar pelaksana pembunuhan beramai-ramai, telah membantu rejim Mesir membunuh puluhan ribu aktivis ini?

Tidak, bahkan ia lebih dahsyat dari itu!

 Hari ini, A.S lebih berminat untuk memusnahkan negara-negara timur tengah berbanding Asia dan Amerika Latin. Maka A.S telah mengubah kegunaan skuad pembunuhnya. Jika dahulunya mereka dengan mudah membunuh aktivis penentang untuk menaikkan boneka Amerika sebagai diktator, A.S kini menaja pembunuh-pembunuh di kedua-dua belah pihak yang bersaing dalam aspek politik dan keagamaan. Tujuan mereka ialah untuk mewujudkan perang saudara bagi melemahkan bangsa yang disasarkan.

Presiden Syria, Bashar al-Assad akhirnya telah sedar bahawa kekejaman yang berlaku di negara beliau telah dilakukan oleh penyamar-teroris. Skuad pembunuh Ford, yang terdiri daripada pembunuh profesional yang terlatih, akan duduk di atas bumbung bangunan ketika demonstrasi anti-Assad yang juga dimulakan oleh A.S. Pada waktu yang sesuai, penembak-penembak tepat ini akan mula membunuh. Sebahagian daripada penembak ini akan memakai pakaian tentera Syria, seolah memberi gambaran bahawa tentera Syria yang membunuh aktivis demonstrasi. Di bumbung yang lain penembak ini akan berpakaian biasa seolah memberi gambaran bahawa aktivis demonstrasi yang menembak ke arah tentera Syria.

Tidak lama selepas itu, penyokong dan penentang Assad akan membalas tembakan sesama sendiri.

Adakah Ford akan melakukan yang sama di Mesir?

Berdasarkan kepada rekod beliau di Iraq dan Syria, kita akan menjangkakan :

Ford dan skuad pembunuh A.S beserta pakar penyamar-teroris (termasuklah beberapa individu yang meletupkan World Trade Center New York 9 September) akan memulakan tembakan dan pengeboman yang akan dikatakan sebagai tindakan "Islamis Radikal". Mereka akan kemudiannya menggalakkan tentera Mesir untuk menangkap, menyeksa, membunuh lebih ramai lagi aktivis demonstrasi aman ini. Memandangkan tentera Mesir adalah tentera yang ditaja dan dilatih oleh Amerika dengan berbilion-bilion Dollar A.S, As-sisi akan hanya bertindak sebagai 'diktator-boneka' yang terpaksa mematuhi arahan Amerika. Ini akan menyebabkan bermulanya perang saudara di Mesir.

Adakah A.S benar-benar mahu memusnahkan Mesir seperti mana Iraq dan Syria?

Ya. Adalah penting untuk kita tahu bahawa A.S telah merangka penggulingan Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi- Mohamad Morsi. Salah satu sebabnya ialah Morsi telah dengan lantangnya menentang pelan Ethopia yang ingin membuat empangan di Sungai Nil, mencuri bekalan air Mesir yang boleh menyebabkan kematian rakyat Mesir akibat kekurangan bekalan air.

Hakikatnya adalah A.S, melalui Etophia sebagai boneka, sebenarnya sedang merancang pembunuhan besar-besaran rakyat Mesir. Maka seandainya ada pemimpin Mesir cuba menghalang seperti mana yang dilakukan Morsi, dia akan dihapuskan.

Mengapa A.S merasakan perlunya memusnahkan negara Timur Tengah? Ironinya, ianya bukanlah atas dasar kepentingan A.S. Ianya adalah berkenaan "Pelan Oded Yinon" Israel untuk memusnahkan jiran-jiran Israel dan merampas semua tanah di antara Sungai Nil dan Sungai Euphrates untuk merealisasikan Israel Raya atau "Greater Israel". Seperti mana yang dikatakan oleh Jen. Wesley Clark, Israel mengambil alih A.S melalui kudeta 9/11 dengan perancangan untuk memusnahkan "7 negara dalam masa 5 tahun" berdasarkan dokumen "Clean Break" oleh Benjamin Netanyahu. Dokumen itu sendiri adalah "Pelan Oded Yinon" yang dikemaskini untuk memusnahkan Timur Tengah bagi manfaat Israel.

Hanya ada 1 jalan sahaja untuk menentang penghapusan etnik ini. Seluruh rakyat Timur Tengah, dari segenap agama mahupun bangsa, mesti bersatu dan menentang pemusnahan negara mereka oleh usaha-usaha yang ditaja Zionis ini.

Tulisan asal oleh Dr. Kevin Barrett


http://www.presstv.ir/detail/2013/08/12/318321/us-death-squad-envoy-targets-egypt/


Diterjemahkan oleh Hj. Norzafry Norhalim


Sumber : http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/niat-amerika-hancurkan-mesir-seperti-iraq/


Panglima : baca pula bagaimana Ikhwanul muslimin dan kaitan mereka dengan apa yang terjadi dengan tangan ghaib di belakangnya.

Walaupun diasaskan atas asas yang baik oleh Imam Hassan Al Banna namun kehadiran Sayid Qutub contohnya telah merosakkan pergerakan tersebut.

Beliau bukan seorang ulama bahkan hanya lulusan bahasa Arab sahaja.

Yang peliknya kitab tafsir في ظلال القران  beliau begitu popular sedangkan banyak ulama menolak keintelektualan kitab tersebut.

Hari ini banyak nama dan tokoh perlu disemak latar belakang mereka.

Jangan mudah menerima ketokohan sesiapa kecuali selepas meneliti berbagai fakta yang dianalisa secukupnya dari berbagai sudut yang diperlukan untuk mengelak dari terperangkap dengan perangkap ciptaan Barat.

Baca kisah-kisah tentang ikhwan muslimin di sini untuk bacaan tambahan anda.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.