Pages

09 September 2013

Peguam Azril : Kenapa Perlu 2 Wakil AS Hadir Perbicaraan Kes Nama Allah ? | AIDC

"Apa tujuan mereka. Tak ada alasan kukuh untuk mereka hadir. Bukannya rakyat Amerika terlibat dalam kes ini ?" soal Azril Mohd Amin, salah seorang peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengulas kehadiran dua wakil Amerika Syarikat (AS) ketika berlangsungnya perbicaraan di Mahkamah Rayuan, 22 Ogos lalu.

Perbicaraan kes itu berlaku ekoran permohonan pihak Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur yang mahu membatalkan rayuan pihak kerajaan berhubung isu nama Allah dalam sebuah akhbar mingguan Katolik 'The Herald'.

Panel tiga hakim Mahakamah Rayuan diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin menolak permohonan pihak gereja itu dan mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah', diteruskan dan didengar pada 10 September.

Azril yang juga Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat dua wakil AS itu tidak perlu hadir mendengar perbicaraan kes tersebut kerana ia melibatkan urusan dalaman negara.

"Mereka kena memahami dan menghormati kedudukan undang-undang di negara ini. Kita ini negara yang berdaulat.

"Kita tidak pula hantar wakil kita apabila sesetengah negeri di AS itu mengiktiraf perkahwinan gay, tidak, contohnyalah.

"Mereka sebagai negara sekular, kita tidak kritik, terpulanglah. Kita tidak masuk campur," katanya lagi.

Ikutilah wawancara AIDC bersama Azril episod terakhir pada 25 Ogos di Bangi.


Baca lagi di sini :

http://www.anwaraidc.com/?p=38705


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.