PAPAR 15 Sept. - Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan wujud campur tangan dalaman di sebalik tindakan Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO bulan depan.
"Kepimpinan UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi serta bersikap terbuka, terpulang kepada hak individu mahu bertanding atau menarik diri kerana yang menentukan semuanya adalah di hari penyerahan borang pencalonan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Lambaian Merdeka Raya di Kampung Pengalat Besar, dekat sini hari ini. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130915/po_10/Rosnah-nafi-Azalina-tarik-diri-kerana-campur-tangan-dalam#ixzz2exjJMvRl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan