Bila Minyak Naik...
Terlupa gaji penjawat awam dah pun naik.
Bila minyak naik kita mengamuk,
Padahal kuasa beli pengguna bukan lagi besar nyamuk.
Bila minyak naik kita sedar bisnes kita sudah jauh maju banding dahulu.
Bila minyak naik kita tahu kelajuan kenderaan kita boleh diperlahan tidak memandu selaju kereta F1
Bila minyak naik kita mengutuk macam pakar ekonomi,
Kata kerajaan tidak pandai mengurus negeri,
Walau hanya kerja sebagai kerani.
Bila minyak naik ramai juga yang naik minyak,
Sedangkan kita bukan tak ada otak tak boleh fikir cara mengatasinya.
Bila minyak naik kita salahkan semua pihak,
Padahal kita sudah belajar rezeki di tangan Allah,
Yang Maha Berkuasa menambahkan rezeki anak isteri kita.
Nampak jelas bila minyak naik,
Nafsu syahwat juga naik petanda iman kita rupanya sudah lama tidak naik.
Bila minyak naik baru kita mula teringat
Doa dan usaha boleh menjadi penawarnya.
Rupanya bila minyak naik nampak jelas di mana kedudukan kita di sisi Allah yang menyuruh kita mensyukuri dan sabar ujian dariNya.
Bila minyak naik kita mula belajar berhemat,
menggunakan sumber tenaga yang akan pupus jika diguna sewenang-wenangnya.
Bila minyak naik barang pun naik namun kita lebih tahu cara mengatasinya.
Jangan kerana minyak naik kita lupa segala jasa baik kerajaan yang banyak membantu rakyat jelata.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan