KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Pergerakan Wanita Umno hari ini sebulat suara bersetuju menjadi benteng utama mempertahankan penyandang jawatan presiden dan timbalan presiden parti malah meminta agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.
Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata pihaknya bersepakat untuk terus memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin malah akan berusaha sepenuhnya memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada kedua-dua kepimpinan tertinggi itu.
"Semalam ketika saya mempengerusikan mesyuarat exco Wanita Umno, kami membuat satu keputusan sebulat suara dan jelas bahawa wanita akan jadi benteng utama pertahan jawatan itu jika ada pencabar.
"Kami minta agar jawatan itu tidak perlulah dipertandingkan namun bagi jawatan naib presiden parti, terpulang kepada sesiapa yang teringin nak bertanding. Jika ada, Alhamdulillah, dan jika tiada pun Alhamdulillah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai pertandingan merebut jawatan yang disandangnya kini, Shahrizat berkata beliau tidak pernah menyekat mana-mana individu untuk bertanding jawatan itu malah sangat mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai pencabar.
Beliau berkata perubahan sistem pemilihan yang diperkenalkan kali ini membuktikan proses transformasi dilaksanakan sepenuhnya dan mengingatkan semua pihak untuk bertanding dengan semangat kekeluargaan dan secara berhemah agar tidak timbul sengketa yang boleh memecah belahkan parti.
"Dalam politik, sesiapa sahaja boleh bertanding untuk mana-mana jawatan. Sebagai penyandang, saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bertanding dan saya akan mempertahankan keududukan saya.
"Ini telah diamalkan sejak bertahun lepas tetapi kali ini akan menjadi lebih menarik dan mencabar kerana anggota akar umbi sendiri yang akan mengundi," katanya.
http://www.umno-online.my/?p=90303
Panglima sendiri yakin gandingan ini cukup baik untuk sepenggal lagi.
Beri mereka peluang dan kita bantu dari belakang.
Jangan ada sesiapa menghasut kedua pemimpin kita ini.
Kepada jawatan lain panglima sokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shahrizat Jalil dikekalkan.
Juga Ketua Pemuda jika KJ berjaya menepis kontroversi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.