Dalam perhimpunan BERSIH anjuran pembangkang ramai penyokong mereka memakai topeng Vendetta.
Bukan sahaja ia topeng tidak membawa maksud yang baik bahkan ia ada kaitan dengan gerakan bawah tanah Freemasin dan Illuminati.
Kerana itu tidak pelik jika tokoh yang disanjung majoriti Ahli PAS Ustaz Azhar Idrus memberi pandangan haram memakai topeng ini.
Lihat videonya
Pada tahun 2006 satu artikel tentang Vendetta telah ditulis di MStar
Bertajuk : V For Vendetta paparkan adegan cium sejantina
Radin Sri Ghazali
Natalie Portman (Evey) dan Hugo Weaving (V), tunggak utama V For Vendetta
(Gambar: Reuters)
Isu golongan homoseksual di dalam filem 'Brokeback Mountain' dan 'Transamerica' dianggap sensitif dan keterlaluan. Filem ini diharamkan terus di Malaysia. Yang peliknya, isu yang sama di dalam filem 'V For Vendetta' diberi lampu hijau.
Secara tidak langsung, ini menimbulkan tanda tanya di kalangan penonton. Dapatkah masyarakat kita menerima idea seperti itu? Walaupun isu ini bukan isu dominan dalam Vendetta, namun ramai yang tertanya-tanya mengapa ada double standard bila mana 'Brokeback Mountain' mahupun 'Transamerica' gagal memasuki pawagam Malaysia tetapi Vendetta pula lulus menembusi badan-badan penapisan? Pelik sungguh.
Mungkinkah filem ini cuba mempertahankan golongan homoseksual yang menjadi mangsa diskriminasi. Bagi mereka yang berfikiran terbuka, ini tidak menjadi masaalah bila babak seperti ini diwujudkan. Tetapi mereka yang berfikiran konservetif tidak dapat menerima Vendetta yang cuba menegakkan hak kaum ini agar mereka diberi kebebasan untuk bersuara.
Ini jelas di dalam babak dua perempuan bercium dan kisah percintaan mereka berdua???
Asal usul 'V For Vendetta' dari sebuah komik karya Alan Moore serta ilustrasi oleh David Lyod pada tahun 1982. V for Vendetta banyak dipengaruhi buku '1984' oleh George Orwell serta senario politik di Britain yang berada di bawah pemerintahan Parti Konservatif yang diketuai Magaret Thatcher.
"Rakyat tidak perlu takut akan kerajaan. Kerajaan patut takut kepada rakyat," begitulah propaganda Vendetta.
Filem yang dibintangi Natalie Portman (Evey) dan Hugo Weaving (V) ini memperlihatkan kebangkitan seorang lelaki yang menggunakan taktik pengganas untuk menjatuhkan parti pemerintah yang bercorakkan totaltarianism yakni sistem politik yang membuatkan rakyat melakukan apa yang dikehendaki serta takut terhadap kerajaan yang memerintah. Selain daripada itu, V juga mahu membalas dendam terhadap mereka yang telah menggunakannya sebagai bahan ujikaji yang telah menghancurkan jasad fizikalnya tetapi memberi kekuatan yang amat menakjubkan kepada dirinya.
Antara adegan V For Vendetta
(Gambar: Reuters)
Tetapi apakah yang ingin dipertengahkan oleh Vendetta sebenarnya? Mungkin persoalan ini yang membuat ramai tertanya-tanya dan menimbulkan kontroversi di Amerika Syarikat serta Britain.
Filem Vendetta ini mahu menampilkan ironi kepada suasana politik semasa. Pada realitinya, manusia menonton betapa Amerika Syarikat serta Britain uar-uarkan demokrasi, Vendetta pula memaparkan kekejaman negara gergasi Britain yang menggunakan pemerintahan secara military coop di mana tiada kebebasan bersuara. Media pula digunakan sebagai alat propaganda untuk meracuni pemikiran masyarakat dan menunjukkan bahawa pemerintah adil dan saksama.
Vendetta menampilkan seorang diktator memerintah Britain yang menggunakan kuasa tentera untuk mengawal rakyatnya. Sesuatu lagi yang ironi di dalam filem ini ialah adengan kebencian pemimpin negara Britain terhadap Amerika Syarikat yang digambarkan sebagai gila kuasa yang cuba menjajah semua negara di dunia termasuk Britain.
Selain daripada itu, Vendetta turut menunjukkan kekejaman yang berlaku pada mereka yang menggunakan kuasa secara membabi-buta dan mengikut kehendak sendiri. Insiden seperti Halocaust (pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh pihak Nazi) turut diselitkan di dalam adegan penangkapan serta pembunuhan beramai-ramai, terutamanya orang yang disyaki menentang kuasa pemerintahan.
Unsur Islam turut diselitkan secara sinis didalam filem ini bila Evey menemui kitab Al-Quran di rumah temannya Deitrich (yang dilakonkan oleh Stephan Fry).
Deitrich berkata,"You dont have to be a Muslim to appreciate the beautiful words of God" (Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menghayati kata-kata Tuhan yang indah).
Vendetta juga turut memaparkan betapa berat sebelah masyarakat dominan terhadap agama Islam. Stigma seolah-olah Islam mengajar umatnya menjadi pengganas turut disindir melalui filem ini. Sikap kuasa besar AS serta Britain juga diselar. Kononnya mereka menegakkan sistem demokrasi tetapi sebenarnya merekalah yang melakukan penindasan terhadap umat Islam. Jadi, dimanakah kebebasan beragama ataupun rasa hormat terhadap entiti agama yang dipraktik oleh sistem demokrasi hilang di negara seperti Britain? Inilah persoalan yang diutarakan di dalam filem ini.
Pengeboman Parlimen Britain dan Big Ben Clock di akhir filem ini turut membawa implikasi politik dunia. Hanya dengan satu adegan penutup tirai, di mana ditunjukkan pemusnahan sebuah mercu tanda kebanggaan sesebuah negara, ramai penonton akan tersentak.
Pengeboman Parlimen Britain serta Big Ben Cloack yang mirip kepada tragedi 9/11, merupakan lambang kepada perubahan perjalanan sejarah dunia. Selepas pengeboman tersebut, ramai pemimpin dunia menunjukkan belang mereka yang sebenarnya. Inilah merupakan titik pergolakkan dunia di mana sikap tamak serta benci ditanam di dalam hati. Justru, ia membuka mata masyarakat dunia mengenai dalang yang sebenarnya.
Walaupun ada yang berpendapat Vendetta agak keterlaluan dalam mempamerkan kejahatan kuasa pemerintahan kerajaan British, filem ini berjaya memecah dominasi filem yang seringkali memaparkan kuasa besar seperti AS dan Britain kuasa yang baik. Wajar juga menonton filem seperti ini sekali sekala. Setidak-tidaknya ia dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa "there are always two sides of a coin" (ada dua versi cerita).
Ingat kata V, "Remember, Remember, the 5th of November", insiden di mana dia nekad mengebom Big Ben Clock dan Parlimen British. Itulah tarikh keramat bagi V membalas dendam dan kata-kata ini tidak mungkin dapat dipadam dari minda setiap yang menonton filem ini.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2006/4/7/HIBURAN/m_Layar/V_For_Vendetta_paparkan_adegan_cium_sejantina&sec=mstar_hiburan
Sesiapa yang boleh membaca dan menganalisa kandungan artikel tersebut akan bersetuju bahawa topeng Vendetta :
1. Mengandungi elemen homoseks
2. Membawa semangat melawan Kerajaan
3. Mengandungi elemen ganas seperti meletupkan Parlimen
4. Elemen Pluralisme yang boleh membawa kepada pemikiran bebas beragama yang akhirnya akan membawa kepada gejala murtad (nauzubillahiminzalik)
Ini dapat disimpulkan melalui melalui kata-kata Deitrich iaitu,"You dont have to be a Muslim to appreciate the beautiful words of God" (Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menghayati kata-kata Tuhan yang indah).
Maka jelas elemen asing sudah menyerap masuk dalam pergerakan pembangkang hari ini. Jangan kata ini keraja UMNO atau SB tetapi yakinlah ini kerja 'hidden hand' yang mahu memerintah dunia menggunakan New World Order.
Kerana itu kehancuran yang berlaku di sebalik perhimpunan yang didakwa aman ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.