Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang melihat sebuah gambar yang menarik dari buku DI DEPAN API DI BELAKANG DURI yang dilancarkanya.
Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang telah melancarkan buku: Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI pada Jumaat 13 Mei 2013 bersempena dengan perasmian Bangunan Baharu Utusan Melayu (M) Berhad yang memberikan keyakinan baru kepada Utusan Melayu untuk terus menjadi kuasa besar bangsa, agama dan negara.
Jabatan pengarangnya yang dulu empit, uzur dan ketinggalan zaman sekarang adalah yang termorden dan terkemas dibandingkan dengan mana-mana akhbar di Malaysia untuk menjadi medan perjuangan berani wira-wira Utusan Melayu.
Semangat yang tinggi dengan ilmu dan kepakaran kewartawanan perlu dipertingkatkan di kalangan perkerja dan khusus para wartawannya atas kesedaran bahawa mereka bekerja di sebuah insititusi akhbar yang akan terus menjadi rebutan untuk tapak perjuangan merampas kuasa dari dalam parti dan juga dari luar untuk berada di puncak kuasa.
Kuasa ekonomi dan politik akan terus digunakan ke arah mencapai matlamat ini. Sejarah terpahat sebagai buktinya dan percubaan untuk merebut kuasanya sama ada dengan mencemarkannya atau melumpuhkan kewangannya. Tetapi semuanya telah gagal.Lee Kuan Yew gagal, NST patah di tengah jalan , Anwar Ibrahim terbantut dan mungkin ada lagi yang akan mencuba dengan berbagai cara.
Hanya dengan komitment, dedikasi dan kasih sejati yang dibina dari kefahaman terhadap sejarahnya akan membolehkan tenaga kerja Utusan sensitif terhadap strategi dan penyusupan anasir anasir untuk menguasainya.
Tiap wira sejati Utusan Melayu mesti waspada terhadap anak-anak haram yang menyeludup masuk ke dalam Utusan Melayu dan cuba melakukan sabotaj terhadapnya dengan mengumpul penyokong dari dalam. Beberapa orang anak haram ini telah pun berjaya dihapuskan sebelum berakar kerana adanya kecekapan dan keberanian di kalangan wira wira Utusan mengenali dan mencantas mereka.
Selanjutnya baca :
http://zamkata.blogspot.com/2013/09/jangan-biarkan-anak-anak-haram-berada.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.