Angota polis membuat pemeriksaan dalam operasi Op Cantas di kawasan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KALI terakhir kumpulan kongsi gelap digempur secara besar-besaran ialah enam tahun lalu di Sarawak.
Waktu itu, menerusi Op Cantas Kenyalang yang digerakkan pada April 2007. Sebanyak 1,310 orang yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan gengsterisme ditangkap sepanjang operasi khas berkenaan.
Sehingga Julai 2007, sebanyak 283 gengster ditahan. Sejumlah 145 gengster telah didakwa di mahkamah kerana memeras ugut, merusuh dan melakukan ugutan jenayah. Sembilan ketua kumpulan kongsi gelap dan orang kanan kumpulan mereka pula ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 termasuk ketua kumpulan Chieng Lee di Bintulu pada 30 Jun 2007.
Antaranya juga sebanyak 51 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan memeras ugut berhubung pembalakan haram khususnya di Bintulu, Sematan dan Lundu. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini berleluasa di Sarawak waktu itu sehingga berkuasa pula menentukan harga barangan di pasaran, campur tangan kegiatan pembalakan dan komoditi pertanian di Sarawak.
Dan hari ini, Op Cantas digerakkan semula dan pelaksanaannya dalam mengekang kegiatan jenayah terutama memerangi dan mengekang kegiatan kumpulan-kumpulan kongsi gelap terbukti berjaya menurunkan indeks jenayah.
Penganalisis jenayah, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim menarik perhatian bagaimana pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA 2013) yang membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan telah memberi keyakinan tinggi kepada ahli-ahli perniagaan dan pelabur asing. Seperti kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
"Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 bagi mengukuhkan kuasa Polis akan menjadikannya satu undang-undang yang 'digeruni' dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah".
"Dalam dua tahun kebelakangan ini, pelaburan langsung asing (FDI) kita merosot disebabkan pelabur takut dengan kes-kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Hampir setiap hari keluar ada sahaja berita (laporan) suratkhabar termasuklah satu insiden seorang pengasas bank ditembak mati.
"Akibatnya, para pelabur yang telah menunjukkan minat yang kukuh untuk membuat pelaburan menjadi takut sehinggakan pelabur domestik menjadi panik dan beralih arah (melabur) ke luar. Tindakan pantas pihak berkuasa dalam tempoh beberapa bulan ini menerusi komitmen tinggi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Kementerian Dalam Negeri (diketuai Ahmad Zahid) yang segera menggerakkan Op Cantas.
"Ini sekali gus berjaya mengembalikan semula keyakinan pelabur kepada kita," kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui kelmarin.
Op Cantas bermula 17 Ogos lalu dan pada 30 Ogos, polis menyiarkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram.
Ahmad Faris yang juga seorang ahli perniagaan mengetuai sebuah firma pembekal peralatan pertahanan, sekuriti dan komunikasi berkata, beliau menerima banyak maklum balas daripada rakan-rakan perniagaannya dari Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan United Kingdom yang menyambut baik pendekatan agresif kerajaan membanteras kegiatan jenayah khususnya kongsi gelap.
"Saya baru-baru ini menghadiri pameran pertahanan dan sekuriti di Paris Air Show di Perancis dan pameran serupa di London. Apa yang saya dimaklumkan, mereka (ahli-ahli perniagaan Eropah) mengikuti dengan penuh minat perkembangan politik, ekonomi dan persekitaran hidup di Malaysia.
"Selain mahu melihat pasukan transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk yang akan muncul hasil daripada pemilihan UMNO nanti sesuatu yang berdaya saing, mereka juga inginkan suasana kondusif di sini (Malaysia) terus berkekalan, bebas dari jenayah khususnya tembak dan kongsi gelap," katanya.
Ahmad Faris menarik perhatian bagaimana sebahagian daripada 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara yang dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan berjaya dikekang dalam Op Cantas.
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.
Pelaksanaan Op Cantas yang diteruskan dalam mengekang kegiatan jenayah itu, kata beliau, berjaya menurunkan indeks jenayah terutama melibatkan kes bunuh iaitu daripada 104 kes kepada 69 kes.
Penurunan sebanyak 33 peratus itu dicatatkan dalam tempoh 52 hari operasi tersebut dijalankan iaitu sejak 17 Ogos.
"Operasi ini wajar diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi 'rasa takut menjadi mangsa jenayah' berkurangan," katanya.
Hasil daripada Op Cantas, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 15,877 orang hasil saringan daripada 418,922 orang yang disyaki. Sejumlah 469 senjata api dan senjata berbahaya serta 678 buah kenderaan pula dirampas.
Sebanyak 352 kertas siasatan pula telah dibuka di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dan sebanyak 144 kertas siasatan dibuka di bawah kesalahan senjata api atau senjata berjadual. Daripada jumlah kesalahan berkaitan senjata api dan senjata berjadual itu, 120 kes telah dituduh di mahkamah.
Setakat September, daripada 8,898 orang yang ditangkap dalam operasi khas itu, seramai 3,842 berbangsa Melayu (3,645 lelaki, 197 perempuan), 2,485 bangsa India (2,449 lelaki, 36 perempuan), 1,088 bangsa Cina (1,021 lelaki, 67 perempuan) dan 1,483 bangsa lain (1,267 lelaki dan 256 perempuan).
Untuk pecahan mengikut negeri, Selangor mencatat jumlah paling tinggi dengan 3,889 tangkapan diikuti Johor (1,760), Kuala Lumpur (749), Kedah (505), Pulau Pinang (254), Perak dan Pahang (225), Kelantan (253), Sarawak dan Negeri Sembilan (165), Melaka (94), Terengganu (25) dan 12 di Perlis.
Ahmad Faris sekali lagi menarik perhatian bahawa beliau sekali-sekala ada 'berwhatsApp' dengan Ketua Polis Negara berhubung isu-isu keselamatan di kawasan kejiranannya di Keramat dan Ampang, Kuala Lumpur.
"IGP (Tan Sri) Khalid jelas keterbukaannya dalam mendengar input-input daripada publik (awam). Saya sendiri melontarkan pandangan kepada beliau mengenai isu-isu keselamatan di kawasan tempat tinggal saya di Taman Malawati.
"Antaranya banyak berlaku kejadian pecah rumah, justeru meminta lebih banyak kehadiran pihak polis. Tidak lama selepas itu, kelibat kereta peronda kelihatan di kawasan itu," katanya.
Op Cantas jelas menuntut komitmen dan ketegasan pihak berkuasa. Apa makna negara maju kalau tidak ada jaminan keselamatan.
Usaha memerangi jenayah mungkin memerlukan banyak masa. Namun, perlu dilakukan bersungguh-sungguh.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op-Cantas-Khas-buka-mata-pelabur#ixzz2hMoGfpCJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mohon dipautkan blog baru hamba di blog tuan hamba.Terima kasih http://mediaharia.blogspot
BalasPadamMohon dipautkan blog baru hamba di blog tuan hamba.Terima kasih http://mediaharia.blogspot
BalasPadamBah. Pertama:
BalasPadamPOLIS WANITA KOMANDO kita bukan main HEBAT lagi penampilan mereka - bangganya kita! Cepat hantaq kat semua sekolah dan kwsn perumahan-kpg terutamanya kwsn orang miskin-sederhana (yg. selalunya tak dikawal sekuriti mcm. kwsn. orang kaya)- utk beri perangsang-bantuan BERTERUSAN pd. pelajar (supaya tidak terhasut penjenayah) dan surirumah (yg. selalu ketakutan dgn. penjenayah)!
Maka, SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas ketegasan dan keberanian YB Menteri KDN, KPN dan polis-polis/tentera-tentera kita, yg. mempertarungkan NYAWA mereka dan keluarga mereka, setiap hari melawan PENJENAYAH SAMSENG/PENGGANAS KEJAM! Di Barat pun, ramai penjenayah GANAS, diTEMBAK terus mcm. KATAK, walau tiada senjata kalau cuba melawan atau lari, tapi kat M’sia, si pencinta penjenayah/pengganas, mahu polis berdrama pula, memujuk lembut penjenayah – pi BERAMBOSlah!!
Patutnya parti SAMPAH DAPBANGKAI/PKR (sekutu kuat PAP-Barat-Israel) digelar "parti SAMPAH utk. GANGSTERS/PENGGANAS"! Sebab itu, JANGAN bagi peluang lansung pd. DAPBANGKAI/PKR MEMERINTAH Tanah Melayu ini - kerana penjenayah/pengganas akan BERKUASA, terutamanya GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA (geng Kongsi Gelap Cina yg. kaya-raya, adalah majoriti Geng Kongsi Gelap dan juga selalunya BAPA kpd. Geng Kongsi Gelap India - lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013)! Jadi, saya cadangkan NGO Islam/Melayu buat repot polis tentang kemungkinan penglibatan SAMSENG DAPBANGKAI/PKR (sekutu kuat Barat-Israel) dgn. GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA, yg. MENGANCAM keselamatan umat Islam/Melayu, dalam bentuk TERORISMA, sebab disyaki mereka sdg. mensasarkan umat Islam/Melayu dlm. pembunuhan beramai-ramai (GENOCIDE) melalui pembunuhan/rompakan/kebakaran rumah-kpg-kedai/keracunanc(termasuk suntikan kimia utk menyebabkan kanser/sakit jantung)/dihalau//kemalangan jln. raya (juga umat Islam/Melayu lain, yg. majoriti, mangsa kemalangan yg. makin meningkat – senag dikenali dr. tudung/kopiah/ayat al-Quran di kenderaan)!
Tengok omputih British yg. baru ditangkap di KL, dgn. duit palsu US berjuta - saya syak dia ini ejen gabungan MI6-CIA-Mossad, utk. menaja keganasan TERORISMA geng-geng kongsi gelap ini. Cara jenayah-jenayah ini memang dilakukan pd Bumiputera Mexico dan Latin Amerika, di mana CIA-MI6-Mossad juga terlibat dalam sindiket dadah/senjata api global, seperti yang ditaja besar-besaran mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika (lihat http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!). Ini adalah untuk membunuh Bumiputera secara beramai-ramai (GENOCIDE) serta menghancurkan moral jenerasi muda terutamanya dari umat Islam/kaum Bumiputera, dan meningkatkan JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api, untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Bah. Kedua:
BalasPadamDan Mossad-CIA pula berpusat di S'pura, termasuk bangsa Yahudi Israel MENYAMAR jadi rakyat Mexico (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Maka, saya syak sindiket dadah/senjata besar , contohnya yang diketuai Cina Malaysia/Singapura, dan 3 bangsa ‘Mexico’ ini yg. sebenarnya adalah ejen Mossad – lihat di http://www.nst.com.my/nation/general/death-sentences-for-5-upheld-1.337943, Death sentences for 5 upheld, 15 August 2013:
PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday upheld the conviction and death sentences on five men, including three Mexican brothers, for trafficking drugs worth RM44 million.
A three-member panel chaired by Justice Datuk Azahar Mohamed unanimously dismissed their appeal against their conviction and death sentence imposed by the High Court
The men were Malaysian crane operator Lee Boon Siah, 49, Singaporean painter Lim Hung Wang, 56, and brothers Jose Regino Gonzales Villarreal, 34, Simon Gonzales, 37, and Luis Alfonso Gonzales, 45.
"We see no error in the High Court's judgement which ruled that the appellants were involved in trafficking in 29,460.17gm of the drugs," said Azahar. Bernama
Maka, sepatutnya, pemimipin-pemimpin Islam kita dari Dunia Islam, janganlah tunduk lansung kepada GERTAKAN berterusan kpd. undang-undang ``universal`yg. sebenarnya berasaskan “demokrasi/hak asasi manusia” SAMPAH/PENIPU Barat-Zionis/Bukan Islam ini, macam hamba-abdi mereka!
Jadi saya cdgnkan mana-mana penjenayah-penjenayah asing, yg. terlibat dlm. sindiket dadah/senjata di atas, tidak dihantar ke negara mereka termasuk ke Barat, kerana mereka mungkin ejen Barat- Mossad (cthnya ketua sindiket dadah terbesar Asia Tenggara berpusat di Bangkok, yg. dihantar pulang ke Amerika setelah ditangkap). Biar mereka dihukum mati atau dipenjara selamanya kat sini, dan suruh kerja BERAT kalau tak dihukum mati - kalau hantar balik mungkin mereka akan bebas dgn. duit jutaan jadi Barat-Mossad!
Makcik Sambal Belacan.
PEMBETULAN: (perenggan akhir)
BalasPadamJadi saya cdgnkan mana-mana penjenayah-penjenayah asing, yg. terlibat dlm. sindiket dadah/senjata di atas, tidak dihantar ke negara mereka termasuk ke Barat, kerana mereka mungkin ejen Barat-Mossad (cthnya ketua sindiket dadah terbesar Asia Tenggara berpusat di Bangkok, yg. dihantar pulang ke Amerika setelah ditangkap). Biar mereka dihukum mati atau dipenjara selamanya kat sini, dan suruh kerja BERAT kalau tak dihukum mati - kalau hantar balik mungkin mereka akan bebas dgn. duit jutaan jadi EJEN Barat-Mossad!
Makcik Sambal Belacan.