Panglima - Siapa yang gembira kematian beliau sudah tentu pihak yang terasa dengan kenyataannya di bawah.
Berikut kenyataan beliau yang sering tidak disukai Karpal Singh dan Anwar Ibrahim serta konco-konconya.
10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.
1) ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,"
2) ISU KALIMAH ALLAH: "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,"
3) ISU KALIMAH ALLAH: "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,"
4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,"
5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,"
6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".
7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,"
8) HIMPUNAN BLACK505: "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,"
9) HIMPUNAN BLACK505: "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),"
10) HIMPUNAN BLACK505: "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,"
- KLXPRESS
Sent from my iPhone
Yg sokong Kalimah Allah swt disyirikkan, moga sempat bertaubat sebelum Izrail dtg menjemput.
BalasPadamSetiap sesuatu yg terjadi ada hikmahnya,satu demi satu tokoh yg dianggap agak Islamik tulin hilang dari Pas,yg masuk tak ada yg ada hanyalah tokoh ayam pencen dari Umno spt.Mat Taib dan Tamrin, akhirnya tinggalah org sperti Mat Sabu,Khalid Mujahid dan Mahfuz.utk mewarnai perjuangan Pas.Kalau begitu nanti Islamik kah Pas?.Hanya Allah yg tahu.
BalasPadam