Ipoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang
cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu
mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri
Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran
berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit
Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu
dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial
dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang
kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian
terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah
berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis
dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian
seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di
dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa
kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak
dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika
dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan
mengenai kejadian itu.
http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/04/kubur-bercahaya-mufti-perak-beri-respon.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan