KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.
Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.
Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.
"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.
Kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.
"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan 'konsisten' dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.
http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipercayai-terbang-menyusuri-pinggir-ruang-udara-indonesia-bagi-elak-dikesan-33331
----
Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani
http://www.astroawani.com/apps

Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.