Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 April 2014

MYKMU & @BERNAMA Dedah Penipuan @CMLIMGUANENG Fitnah @PDRMSIA Tidak Kawal Keselamatan Kebumi Karpal Singh cc @KBAB51 @ZAHID_HAMIDI @TV3MALAYSIA @501AWANI

Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa Polis tidak menjaga keselamatan awam ketika perarakan pengkebumian mendiang Karpal Singh adalah tidak benar.

Lebih 50 anggota polis bertugas sepanjang emapat hari orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang karpal Singh sehinggalah hari pembakaran mayatnya Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi berkata anggota juga ditempatkan di kediaman mendiang di Jalan Utama dan dua stesen bergerak Polis diletakkan dalam kawasan Dewan Sri Pinang semasa hari terakhir memberi penghormatan Ahad lalu. 

“Saya juga mengarahkan polis trafik mengiringi mayat mendiang dari Juru sehingga ke rumahnhya di Jalan Utama pada hari kematian.”

Sementara itu, anak Karpal Singh menulis dalam twitternya mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang membantu keluarga mereka sepanjang dari masa kemalangan hingga majlis terakhir ahad lalu.



BERNAMA MELAPORKAN :

22/04/2014 2:53pm



GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, selain menjaga lalu lintas, pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama, di sini serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.

"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).

"Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri akan melakukan post-mortem berhubung perkara itu.

Abdul Rahim berkata, dua pegawainya termasuk Pemangku Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md. Din menghadiri mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan jadual perjalanan upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang dan persemadian Karpal Singh.

Tambahnya, dua pegawai dan 20 anggota trafik bertugas pada hari Ahad iaitu semasa perjalanan mayat Karpal Singh untuk ke Krematorium Batu Gantung dan lebih 10 anggota polis berpakaian preman bertugas sepanjang tempoh orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Abdul Rahim berkata, anggota trafik yang bertugas itu diletakkan di setiap persimpangan jalan mayat mendiang diarak menuju ke krematorium iaitu Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland.

"Sepanjang tempoh (membawa mayat Karpal Singh) perjalanan begitu baik dan tidak berlaku sebarang kesesakan teruk. Sehingga hari ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis sama ada berlaku kekecohan atau sebagainya.

"Jadi saya tidak faham mengapa kerajaan negeri kata kami tidak menempatkan anggota polis dan saya nafikan perkara itu. Kami ada gambar-gambar untuk buktikan polis jalankan tugas, polis telah jalankan tugas untuk kepentingan masyarakat," katanya.

Karpal Singh, 74, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan, laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Ahad lepas. - Bernama

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate