Pages

11 April 2014

Utusan Malaysia Zaini Hassan Guna Laporan FZ dan Media Barat Hentam @Zahid_Hamidi @KDNPutrajaya

Semalam membaca artikel Zaini Hassan di Utusan Malaysia mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang menyesal koyak pasport untuk menjadi warganegara Britain.




Ia berdasarkan laporan FZ.com yang pernah ditolak KDN permohonan permit akhbar bersama Malaysiakini

Dalam hal ini adakah laporan FZ dan juga Telegraph Daily dan Independent yang disebut dalam tulisan Zaini Hassan boleh dipercayai? 

Lihat imej di bawah 



Sejak bila Utusan Malaysia percaya laporan media Barat yang amat dibenci oleh Tun Mahathir ekoran permainan persepsi jahat mereka terhadap negara membangun dan negara Islam?

Sayang juga page penyokong Tun M nampak terpedaya dengan tulisan tulisan yang tidak kukuh hujahnya ini.



Saya tidak kisah blog blog Sahabat kita mengupas cerita ini namun seorang penulis yang popular seperti beliau tidak patut berbuat demikian.

Setakat ini saya dapat info Menteri dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang disebarkan dalam media maya.

Yang hanya ada ialah kenyataan Adun DAP dengan jawapan bertulis yang tidak ada dokumen tulisannya disiarkan waima di FZ.com sekalipun.



Jika saya silap atau tidak bertemu dengan dokumen tersebut saya minta maaf.

Kecuali Zaini Hassan ada agenda tertentu yang sukar kita ketahui kecuali Ahlillah yang dibuka pintu hijab dan kasyaf. Mahu buruk sangka tidak eloklah pula.

Harap teguran saya ini dapat diterima beliau dengan lapang dada. Kerana saya juga meminati beliau dan dapat hadiah buku 'Cuit' beliau dari sebuah agensi kerajaan Putrajaya yang membelinya dengan jumlah yang agak besar

Saya ingin sekali menghubunginya kerana pernah bertemu sekali di LCCT bersama bekas wartawan Utusan dari Kelantan namun sayang saya sudah terhapus semua nama kenalan dalam simpanan kerana kesilapan teknikal.

Sekali lagi pesanan saya kepada Penulis Saudara Zaini Hassan agar beliau perlu hubungi pihak KDN sebelum mengesahkan berita yang disiarkan atau kolum beliau akan menjadi kolum yang hanya layak digelar kolum lawak picisan sahaja yang tidak ada makna apa-apa.

Mohon maaf jika terasa, wassalam.

Salam Jumaat.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.